myMetro

Bawa jumpa psikiatri: Kesan masalah mental tidak dibantu




> Kanak-kanak tidak boleh belajar dan melaksanakan tugasan seperti orang lain.

> Berisiko hilang minat untuk belajar (mungkin akan mengalami keciciran dalam pelajaran).

> Berisiko untuk ponteng dan berkemungkinan dibuang sekolah.

> Cepat terpengaruh dengan kawan untuk mencuba sesuatu yang melanggar peraturan seperti merokok dan mengambil dadah.

> Suka melawan, membantah dan kurang memberi kerjasama dengan orang dewasa.

> Mereka menggunakan kekerasan dan ugutan untuk mendapatkan apa yang diingini.

> Berisiko untuk lari dari rumah.

> Berisiko tinggi bertindak agresif atau terbabit dalam aktiviti seksual.

> Emosi berubah menjadi murung, sedih atau cepat marah.

> Bersama dengan perubahan emosi, mereka sering memiliki pemikiran negatif terhadap diri sendiri dan alam sekitar, merasa diri tidak berguna, hilang harapan dan rasa bersalah. Mereka juga sering menyalahkan diri sendiri atau orang lain. Apabila sampai ke tahap ini, mereka boleh bertindak ganas terhadap diri sendiri atau orang lain.

> Berfikiran tiada gunanya meneruskan hidup.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad