Sabtu,
05
Julai
2008
|
|
|
myMetro » Sihat
Masalah kuning bayiAPABILA diberitahu bayi anda mengalami masalah kuning atau jaundis, usah terlalu risau kerana ia antara masalah biasa yang dialami kebanyakan bayi baru lahir. Jaundis berasal daripada perkataan Perancis ‘jaune’ yang bermakna kuning.
Bagaimana boleh berlaku berlebihan bilirubin dalam darah bayi? Bilirubin terhasil apabila sel darah merah pecah. Ini proses normal yang berlaku pada semua orang. Biasanya bilirubin dihantar ke hati dan disingkirkan sebagai hempedu melalui usus kecil. Jaundis dibahagikan kepada beberapa jenis dan antara paling lazim ialah: Antara jaundis neonatal lain ialah trauma kelahiran, pendarahan intra ventrikular (pada bayi tidak cukup bulan), pengumpulan darah pada tisu yang menyelaputi tulang (sefalohematoma), peningkatan jumlah sel darah mendadak (akibat penghasilan sel darah berlebihan dari sumsum tulang), pemindahan ibu ke anak atau kembar. Apa akan berlaku apabila bayi mengalami jaundis? Jaundis biasanya muncul pada hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Biasanya ia bermula dari kepala dan beransur-ansur merebak ke bawah. Biasanya perubahan warna kulit bayi daripada kemerahan ke kekuningan bermula dari muka ke dada, perut dan akhirnya ke kaki. Malah, mata putih juga boleh menjadi kekuningan. Kadangkala ujian darah diperlukan untuk rawatan selanjutnya. Berdasarkan keputusan ujian darah dan keadaan keseluruhan seseorang bayi, doktor akan menentukan bila rawatan perlu dimulakan. Jika doktor berasakan rawatan tidak diperlukan, masalah jaundis berkurang selepas seminggu dan hilang sepenuhnya dalam masa dua minggu. Sebaliknya jika rawatan diperlukan, bayi diletakkan di bawah terapi cahaya dan biasanya menggunakan Cahaya Bili atau Cahaya Pengurangan Bilirubin. Dalam rawatan ini, bayi diletakkan dalam keadaan bogel dengan mata bertutup. Pemantauan jumlah bilirubin berbeza antara bayi iaitu: Rawatan cahaya dihentikan apabila tahap pengurangan sasaran dicapai. Walaupun tempoh rawatan pendek, rawatan cahaya ini ada kesan sampingan. Ia menyebabkan najis bayi cair, ruam, dehidrasi (kekurangan air), cirit-birit, bayi mengalami kepanasan atau kesejukan berlebihan. Adakah jaundis berbahaya kepada bayi? Dalam keadaan serius, ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti: Sesetengah orang percaya masalah kuning dapat dikurangkan dengan memberi bayi susu kambing, tetapi sehingga kini tiada kajian dilakukan untuk mengesahkannya. Malah, ubat tradisional dari kedai sinseh seperti ubat mandi boleh mengganggu pengurusan rawatan. Kaedah yang dikenal pasti berkesan ialah menjemur bayi dengan mendedahkan seluruh badan kepada cahaya, kecuali matanya (tutup dengan kain). Bagaimanapun, bukan menjemur bayi secara langsung di bawah cahaya matahari, sebaliknya memadai meletakkannya berdekatan tingkap yang ada cahaya teduh. Ketika ini, ibu yang memberi susu badan dinasihatkan tidak makan jamu. Seperkara lagi, meskipun susu badan juga boleh menyebabkan jaundis, ia tidak bermakna anda perlu menghentikan pemberian susu badan. Walaupun masalah kuning (bukan demam kuning kerana bayi tidak demam) adalah perkara biasa, ia tidak boleh dipandang ringan. Dapatkan pandangan kedua daripada doktor lain jika bayi anda memerlukan rawatan. |
|
|
VARIASI
| ||||
Dekotaman
MAJLIS perkahwinan pastinya menjadi kenangan sepanjang hayat dan lebih bermakna dengan penataan sempurna pelamin, gubahan hantaran dan dandanan seri pengantin. |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
||
| MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO |
| Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online . © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad |