myMetro

>Perubahan personaliti




> Adakah anda kerap melakukan dua perkara pada satu masa? (contohnya makan sambil menonton televisyen)

> Adakah anda cuba menghabiskan ayat orang lain?

> Adakah anda percaya jika mahu sesuatu perkara dilakukan dengan sempurna, anda perlu melakukannya sendiri?

> Adakah anda sentiasa memastikan anda menepati masa untuk semua keadaan?

> Adakah anda berasa tidak selesa jika duduk saja tanpa melakukan apa-apa? (menonton televisyen atau mendengar radio dianggap melakukan sesuatu)

> Adakah anda mengukur kejayaan melalui angka (seperti gaji, rekod jualan, jumlah berita atau rencana yang dihasilkan)?

> Adakah anda berasa jengkel jika terpaksa menunggu giliran?

> Adakah anda kerap menggenggam tangan atau mengetuk jari ke meja dengan cepat?

> Adakah anda memaki atau memarahi orang lain lebih daripada tiga kali sehari (termasuk ketika memandu)?

> Adakah anda tidak mengendahkan keindahan di sekeliling anda?

> Jika anda mempunyai lebih daripada tiga jawapan ya, bermakna anda dalam keadaan tertekan.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad