PMM dekati rakyat
 |
BEGITU ceria sekali suasana di Rumah Nur Salam sewaktu 30 kanak-kanak itu dihiburkan dengan sukarelawan yang juga kakitangan Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM), baru-baru ini. |
BEGITU ceria sekali suasana di Rumah Nur Salam sewaktu 30 kanak-kanak itu dihiburkan dengan sukarelawan yang juga kakitangan Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM), baru-baru ini.
Program sukarelawan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan PMM untuk menyemai semangat kerja sukarela di kalangan kakitangan syarikat yang bertemakan 'Membina Jambatan Bersama Masyarakat'.
Kakitangan PMM menyediakan pelbagai aktiviti menarik bersama kanak-kanak terbabit termasuk pertandingan mewarna, sesi bercerita serta permainan bercorak pendidikan.
PMM menyumbang sejumlah RM200,000 kepada Yayasan Salam Malaysia pada 2006 untuk pembinaan semula Rumah Nur Salam. Rumah perlindungan di Chow Kit, Kuala Lumpur itu menyediakan kemudahan dan program kepada kanak-kanak yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan.
Sejak mula beroperasi pada Mac 2007, rumah perlindungan itu kini mempunyai lebih 90 kanak-kanak berdaftar.
Pengurus Komunikasi dan Sumbangan PMM, Chin Yoon Ann, berkata program sukarela berkenaan diadakan buat kali ketiga sejak ia memberi sumbangan kepada program pembinaan semula rumah terbabit.
"Kami gembira kerana mampu memberikan perubahan positif menerusi usaha yang kami lakukan dan akan terus 'membina jambatan' bersama masyarakat yang sangat memerlukan ini," katanya.
Pengurus Projek Nur Salam, Raja Azizan Suhaimi Raja Latiff, berkata ia sesuatu yang begitu memberangsangkan apabila PMM bukan saja memberi tajaan berbentuk kewangan malah melakukan usaha membabitkan diri bersama kanak-kanak terbabit.
"Ternyata, kanak-kanak terbabit benar-benar menghargai waktu yang diluangkan golongan sukarelawan PMM menerusi permainan dan aktiviti pendidikan yang diadakan," katanya.
Rumah Nur Salam yang beroperasi selama 24 jam itu adalah usaha sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan bersama Yayasan Salam Malaysia untuk membantu, melindungi serta menangani masalah dihadapi kanak-kanak berkenaan.
Ia juga menyediakan rumah perlindungan yang dianggap 'selamat' untuk golongan terbabit menerusi pelbagai aktiviti diatur untuk mereka.
|