Angelfit Maybelline bantu kulit licin, cantik semula jadiJENAMA produk kecantikan Maybelline, memperkenalkan dua bedak asas terbaru, Angelfit, untuk membantu wanita memperolehi kulit licin sempurna dan tampak cantik secara semula jadi.
Ia hadir dalam bentuk cecair dan saiz kompak bedak asas dwi cara dengan pelbagai pilihan warna menarik. Bedak asas cecair Angelfit mengandungi ekstrak herba wangi (camomile), vitamin E dan madu lebah yang memastikan kulit sentiasa lembap dan sihat secara menyeluruh. Ia membantu mengecilkan liang roma dan mengurangkan kedutan sekali gus menutup cela di wajah. Rumusan uniknya juga mengandungi SPA 17 dan sesuai untuk kulit wanita Asia manakala bahan mutiara merah jambunya menjadikan wajah kelihatan cantik berseri. Bagi yang menggemari saiz kompak, bedak asas dwi cara Angelfit paling sesuai dijadikan pilihan. Ia sangat ringan dan dapat membantu menutup liang roma serta kelihatan cantik secara semula jadi. Kedua-dua bedak asas berkenaan sudah menjalani ujian dermatologi serta butiran bedaknya lebih lembut dan ringan berbanding biasa. |