Krim malam antipenuaanOleh Fairul Asmaini Mohd Pilusasmaini@hmetro.com.my RAMAI yang berpendapat kecantikan seseorang sebenarnya banyak bergantung kepada tidur yang cukup.
Tanpa kitaran tidur yang mencukupi, keupayaan kulit menentang proses penuaan akan terjejas dan menyebabkan kemunculan kedut serta garis halus. Ia juga boleh menyebabkan warna kulit tidak sekata, tampak kusam, kering dan tidak bermaya. Justeru, jenama penjagaan kecantikan terkenal, Elizabeth Arden, memperkenalkan krim malam antipenuaan Prevage untuk melindungi kulit. Krim berkenaan mengandungi idebenone yang boleh dilepaskan perlahan-lahan ketika sedang tidur, mega A kompleks dan adunan pelembap berprestasi tinggi untuk meningkatkan keupayaan antipenuaan serta membantu proses pembaikan semula jadi kulit sepanjang malam. Menurut Naib Presiden Eksekutif Pemasaran Global merangkap Pengurus Besar Elizabeth Arden Amerika Syarikat, Elizabeth Park, pihaknya mengambil pendekatan baru untuk merawat kulit menerusi pengenalan krim malam berkenaan. Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunannya, Tony Vargas, pula berkata kombinasi unik idebenone dan ramuan berprestasi tinggi lain berupaya menjadikan krim berkenaan benar-benar berkesan untuk kulit. “Krim malam antipenuaan Prevage dapat membantu meningkatkan proses pembaikan semula jadi kulit dan pada masa sama, memulihkan daya ketahanannya supaya tampak lebih tegang. “Selain itu, krim istimewa ini turut dapat membantu melicin, melembut dan menjadikan kulit lebih cerah sekata serta berseri,” katanya. Vargas berkata, penerimaan lembapan kulit lebih ketara pada waktu malam dan untuk itu, krim berkenaan membantu meningkatkan keupayaan simpanan lembapan dengan natrium hialuronat, gliserin serta mentega koko dan shea. |