Krim pemutih baru L'OrealOleh Yooga Rani Murugiahrencana@yahoo.com.my PELBAGAI rumusan baru ditemui L'Oreal yang diga bungkan bersama kecanggihan teknologi.
Penyelidikan secara klinikal dilakukan L'Oreal menun jukkan penghasilan melanin yang berlebihan dan berterusan, pengumpulan sel mati dan pendedahan pada sinar ultra ungu boleh menyebabkan kulit gelap, kusam serta warna kulit wajah tidak sekata. Selain itu, bintik hitam yang terhasil akibat proses kompleks penghasilan melanin daripada lapisan dalam epidermis ke permukaan kulit boleh menguyupkan sel dengan pigmen gelap sekali gus membentuk bayang hitam yang menutup pantulan cahaya ke wajah. Justeru, L'Oreal memperkenalkan krim siang pemutih dan pelembap Gentle Moisturizing Day Cream, daripada set produk penjagaan wajah White Perfect Re-Lighting Whi tening. Krim pemutih yang menjadi pelengkap kepada rangkaian produk White Perfect sedia ada ini dihasilkan menerusi penyelidikan makmal sepenuhnya mengikut kesesuaian pe ringkat usia dan keperluan wanita Asia yang mengimpikan kulit cerah. Ia mengandungi rumusan utama antimelano dan sesuai untuk semua jenis kulit yang mengawal penghasilan melanin, melembapkan serta membantu mencerahkan kulit secara intensif. Ramuan pati tumbuhan yang terkandung dalam krim penjagaan harian ini juga bertindak sebagai bahan anti oksidan dalam mengurangkan penjelmaan melanin selain kombinasi asid laktik dan glikolik yang memberi perlin dungan kelembapan berpanjangan. Perlindungan seperti Mexoryl SX juga memberikan per lindungan UVA dan UVB supaya kulit mendapat per lindungan optimum daripada pancaran cahaya matahari dan penuaan kulit pramatang. Menurut Pengurus Kanan Produk L'oreal, Chin Hor Wai, penghasilan krim pemutih itu melambangkan revolusi je nama L'Oreal dalam penerokaan produk piawai sekali gus merealisasikan impian wanita yang ingin kelihatan cerah. Rangkaian produk White Perfect sedia ada terdiri daripada pembersih, penyegar, penjagaan intensif Spot Protector, krim penjagaan harian SPF 15 dan malam. Krim pemutih berkenaan berharga RM35.90 boleh didapati mulai Jun ini. |