Dynas duta baru Safi Balqis
PELAKON, hos televisyen dan peragawati popular, Dynas Mokhtar tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang di berikan padanya sebagai duta baru Safi Balqis.
“Gaya dan sikap positif Dynas melengkapkan ciri ke unggulan jenama Safi Balqis.
“Mencari selebriti yang anggun dengan penampilan menarik dan berkeyakinan diri satu cabaran bagi kami namun Dynas menepati kriteria ini,” kata Pengurus Kanan Produk Unza, Mahsuri Sulaiman.
Secara kebetulan, Dynas memegang watak “Safi” dalam drama televisyen, Kasih Dari Syurga, yang kini ditayangkan melalui saluran Astro Prima dari Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam.
“Permintaan bagi produk keperluan dandanan diri untuk masyarakat Islam kian meningkat dalam tempoh beberapa tahun ini.
“Kami juga gembira kerana Dynas kini menjadi sebahagian jenama ini. Dengan penampilannya sebagai duta produk dan kehadirannya di pameran bergerak yang akan kami adakan, kami menjangka jualan Safi Balqis tahun ini akan meningkat kira-kira 25 peratus,” kata Pengurus Besar Pemasaran Unza, Francis Ng.
Bagi Dynas pula, produk berkenaan dengan sendirinya melambangkan kesucian wanita.
“Kepercayaan orang ramai terhadap jenama halal memberi rangsangan kepada Safi Balqis memenuhi keperluan kosmetik wanita Islam moden,” katanya.
Dynas, mengekalkan penampilan dan wajah awet muda dengan tidur lapan jam sehari, sering bersenam, minum banyak air dan menjaga kejelitaan wajahnya dengan bantuan produk kecantikan.
Wajahnya yang jelita dengan gaya anggun itu sering meng hiasi majalah fesyen, hiburan dan gaya hidup.
Selebriti yang aktif serta meminati tarian salsa dan me ngacarakan majlis ini juga boleh disaksikan dalam Janji Diana yang disiarkan menerusi RTM2, setiap Selasa jam 9 malam dan Ai D’ Beijing di TV3 (disiarkan mulai Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam).
|