» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times » The Malay Mail
myMetro » Hati
Hati

Maskara serlah penampilan

Teks dan gambar Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my


PEMAKAIAN maskara bukan saja melengkapkan lagi solekan pada mata malah menyerlahkan lagi kese luruhan wajah dan penampilan.

Percaya atau tidak, maskara merupakan alat solek yang wajib ada dalam tas tangan setiap wanita.

Malah, jurusolek mencintainya kerana kebolehannya me rubah mata lesu menjadi besar dan menyerlah dalam be berapa saat saja, manakala selebriti menggilainya kerana ia mengungguli solekan mereka dengan lentikan bulu mata dramatik.

Kebanyakan maskara kini ada dalam bentuk krim dan cairan dengan beberapa pilihan warna bersama berus kecil. Perkara yang harus diteliti ketika membeli maskara adalah melihat bentuk dan saiz berus.



Selain itu, teknologi maskara juga semakin berubah apabila ada lapisan asas dan atas dengan warna berbeza.

Teknologi seumpama ini bukan saja membuatkan bulu mata terasa ringan dengan dua lapisan malah ia memberi ke berkesanan pada solekan mata secara menyeluruh.

Kini anda mempunyai pilihan maskara daripada pelbagai jenama kosmetik terkemuka di pasaran.

Bobbi Brown Lash Glamour Lengthening

Maskara jenama Bobbi Brown tampil dengan dengan pe nemuan terkini dalam penciptaan maskara berkualiti tinggi.

Dengan satu sapuan, pengguna menikmati pengalaman menakjubkan dengan bulu mata yang 100 peratus semula jadi panjang dan lentik. Harga RM75.

Avon Longest Lashes Ever

Avon memperkenalkan maskara yang memberikan kesan glamor hingga tambahan 12 bulu mata. Maskara ini yang didatangi dalam warna hitam dan hitam perang juga bebas daripada comot serta gumpalan.

Clinique Lash Power Curling

Maskara terbaru daripada Clinique ini mudah dipakai serta bertindak serta merta tanpa mengotorkan bulu mata. Harga RM75.

Estee Lauder Projectionist High Definition Volume

Rumusan terbaru maskara Estee Lauder ini melebatkan bulu mata tetapi tidak memberatkan. Rekaan berus unik mampu mencapai setiap bulu mata.

Ada 4 pilihan warna dengan harga RM85.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :

PelanMedia

VARIASI

Dekotaman

lagi
santai
lagi
itmetro
lagi
lagi
bestari
lagi
ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker