Selasa,
02
Disember
2008
|
|
|
myMetro » Hati
Bantu si kecil pilihkaca mataRAMAI si kecil kini yang mahu bergaya istimewa dengan bercermin mata. Fesyen cermin mata kanak-kanak terkini bukan saja mempunyai rangka cermin mata kecil dan beraneka warna malah cukup ranggi.
Dari segi rekaannya, pastikan kusyen hidung yang selesa dan bersesuaian. Rangka yang tegap dan tahan lasak perlu diambil kira bagi mengelak kos membaiki cermin mata yang agak mahal. Cermin mata harus disimpan semula ke dalam bekas cermin mata apabila ia tidak dipakai untuk mengelakkan daripada calar atau patah. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya membawa anak-anak berserta cermin mata mereka untuk pemeriksaan di kedai cermin mata sebaik-baiknya tiga bulan sekali. Skru pada rangka cermin mata harus diketatkan oleh pakar optik untuk memanjangkan hayat cermin mata. Bagi cermin mata jenama Kiko yang direka khas untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 14 tahun, ia mempunyai rangka yang tahan lasak manakala warnanya tidak mudah luntur. Ia cukup sesuai terutama untuk kanak-kanak yang kuat berpeluh dan sensitif pada bahan logam. Ia juga mempunyai 180 darjah pergerakan yang boleh mengurangkan kepatahan. Cermin mata Kiko bukan saja memberikan keselesaan, berkualiti tinggi malah ia boleh didapati pada harga berpatutan. Untuk melihat koleksi terkini cermin mata Kiko, emel kepada kiko@kiko-group.com. |
|
|
VARIASI
| ||||
Bestari
SEBELUM ini kursus multimedia bagaikan tidak mendapat perhatian masyarakat kerana kos pengajiannya yang mahal dan tempat disediakan Institut pengajian tinggi (IPT) terhad. |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
||
| MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO |
| Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online . © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad |