Bantu si kecil pilihkaca mataRAMAI si kecil kini yang mahu bergaya istimewa dengan bercermin mata. Fesyen cermin mata kanak-kanak terkini bukan saja mempunyai rangka cermin mata kecil dan beraneka warna malah cukup ranggi.
Cermin mata berwarna-warni antara faktor utama pembelian tetapi keselamatan juga tidak harus diabaikan. Cermin mata yang serba bergaya itu juga seharusnya tahan lasak serta menjamin setiap ringgit yang dibelanjakan. Berikut sedikit petua untuk memilih cermin mata sesuai buat si kecil: Dari segi rekaannya, pastikan kusyen hidung yang selesa dan bersesuaian. Rangka yang tegap dan tahan lasak perlu diambil kira bagi mengelak kos membaiki cermin mata yang agak mahal. Selain itu, periksa jaminan produk terutama bagi kanak-kanak yang usianya masih kecil atau kali pertama memakai cermin mata. Cermin mata harus disimpan semula ke dalam bekas cermin mata apabila ia tidak dipakai untuk mengelakkan daripada calar atau patah. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya membawa anak-anak berserta cermin mata mereka untuk pemeriksaan di kedai cermin mata sebaik-baiknya tiga bulan sekali. Skru pada rangka cermin mata harus diketatkan oleh pakar optik untuk memanjangkan hayat cermin mata. Bagi cermin mata jenama Kiko yang direka khas untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 14 tahun, ia mempunyai rangka yang tahan lasak manakala warnanya tidak mudah luntur. Ia cukup sesuai terutama untuk kanak-kanak yang kuat berpeluh dan sensitif pada bahan logam. Ia juga mempunyai 180 darjah pergerakan yang boleh mengurangkan kepatahan. Cermin mata Kiko bukan saja memberikan keselesaan, berkualiti tinggi malah ia boleh didapati pada harga berpatutan. Untuk melihat koleksi terkini cermin mata Kiko, emel kepada kiko@kiko-group.com. |