‘Tiada lagi kesakitan’KAJIAN menunjukkan kira-kira 64 peratus wanita berumur 16 hingga 45 tahun mengalami kesakitan pada bebola kaki apabila memakai kasut tumit tinggi.
Kesakitan pada bebola kaki itu boleh menjejaskan keseronokan memakai kasut tumit tinggi. Sungguhpun ia bukanlah satu masalah besar, kesakitan itu akan menjadi lebih teruk jika lebih lama kasut dipakai. Pemakaian kasut tumit tinggi akan menambah berat dan tekanan ke atas bebola kaki. Lebih tinggi tumit kasut, lebih berat tekanan ke atas bebola kaki. Lama kelamaan, kekerapan memakai kasut tumit tinggi boleh menyebabkan lapik lemak semula jadi kaki kurang berkesan. Namun, menurut kajian yang dijalankan jenama kasut Scholl baru-baru ini, lebih 90 peratus responden menyatakan bahawa produk pelapik kasut, Scholl Party Feet Ultra Slim yang baru menyediakan lapik seperti kusyen yang berkesan, manakala jumlah yang hampir sama mengakui ia mengurangkan tekanan. Produk berkenaan membawa revolusi menerusi cara wanita memakai kasut tumit tinggi apabila ia dilancarkan pada 2005. Wanita yang gemar menggayakan kasut tumit tinggi kini boleh berjalan dengan lebih lama dan selesa menerusi pemakaian lapik kasut berkenaan yang disediakan dalam rekaan lebih nipis. Scholl Party Feet Ultra Slim membantu mereka mengatasi masalah kesakitan bebola kaki bila memakai kasut tumit tinggi. Lapik gel lut sinar baru yang dipertingkatkan itu mempunyai reka bentuk yang unik, melekat dalam kasut dan lebih nipis daripada produk sebelum ini. Pada masa sama, ia memberi 25 peratus lebih ruang dalam kasut anda. Reka bentuk unik, sangat nipis dan tidak gelincir itu memberikan keselesaan yang lebih baik untuk bebola kaki, menyediakan lapik yang lembut bukan saja bila melangkah ke majlis malam atau keluar membeli-belah, tetapi ke mana saja yang diingini. Ia direka untuk melekap kemas tanpa membonjol dalam bahagian bebola kaki kasut tumit tinggi wanita. Gel polimer visko yang anjal dalam Scholl Party Feet Ultra Slim bertindak sebagai penyerap hentakan, membolehkan wanita memakai kasut tumit tinggi yang digemari tanpa perlu menahan kesakitan pada bebola kaki. Ciri-ciri lekapan gel itu pula tetap kekal sekalipun apabila dibasuh, membolehkan lapik gel digunakan berulang kali. Scholl Party Feet Ultra Slim boleh didapati di semua kedai farmasi utama, pasar raya besar dan kedai kasut Scholl pada harga RM18.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM19.80 (Malaysia Timur). |