myMetro

Produk istimewa Syahirah

Teks dan gambar Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my

JENAMA kecantikan, Syahirah memperkenalkan produk istimewa untuk golongan hawa yang mementingkan kulit wajah berseri dan penjagaan kesihatan menyeluruh.

Gel pengelupasan Syahirah yang mengandungi manik mikro membantu menanggalkan sel kulit mati, minyak berlebihan, kotoran dan bintik hitam yang terperangkap dalam liang roma, sekali gus mencerahkan kulit wajah hanya dalam masa satu minit.

Rumusan khas ini yang diperkaya dengan susu kambing serta agen pelembap biotin juga membantu melembap dan menegangkan kulit secara semula jadi.

Kandungan vitamin C dan E membantu merangsang pe numbuhan sel dan metabolisme supaya kulit kelihatan lebih lembut, cerah serta bermaya.

Duta Syahirah, Farah Diana Anuar, berkata sejak rangkaian produk penjagaan kulit Syahirah yang halal, suci dan segar yang dilancarkan dua tahun lalu, menerima sambutan baik.

Sejak diperkenalkan kepada produk berkenaan, Farah menggunakan rangkaian produk Syahirah sebagai penjagaan kulit untuk rutin hariannya.

"Saya mementingkan penjagaan wajah kerana ia mening katkan lagi keyakinan diri apatah lagi sebagai artis, saya perlu sentiasa tampak berseri ketika beraksi di hadapan khalayak ramai.

"Saya tidak rasa ragu-ragu dan mengesyorkan kepada semua wanita supaya mencuba gel pengelupasan ini serta rangkaian produk Syahirah seperti krim pembersih muka, penyegar dan pelembap muka yang membantu memberikan hasil yang diimpikan.

"Formula unik rangkaian produk ini adalah semula jadi, selamat dan efektif. Pengguna dapat merasakan perbezaan ketara hanya dalam masa satu minit, " katanya pada majlis Cabaran 500 Sukarelawan di Pasaraya Besar Giant, Shah Alam baru-baru ini.

Pada majlis terbabit, Farah mengadakan sesi demonstrasi dan mencuba gel terbabit sekali gus menunjukkan ke berkesanannya pada wajah model.

Rangkaian produk penjagaan diri dan kulit Syahirah terdiri daripada tujuh produk untuk keperluan semua jenis kulit iaitu gel pengelupasan, sental muka, pembersih muka, pe nyegar tanpa alkohol, krim pelembap muka, krim kecantikan dan gel jerawat.

Gel pengelupasan Syahirah boleh didapati di pasar raya besar dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM10.90 untuk berat 20 gram (g) dan RM19.90 (40g).

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad