Produk SK-11 buat wajah cantikOleh Fairul Asmaini Mohd Pilusasmaini@hmetro.com.my DEFINISI sebenar kecantikan memang terlalu subjektif untuk diperkatakan sekalipun ada pepatah mengatakan ke cantikan dalaman melambangkan kejelitaan luaran seseorang.
Setiap wanita pastinya ingin sentiasa kelihatan cantik, lebih-lebih lagi jika kecantikannya diiktiraf sebagai antara pelakon tercantik di Malaysia. Namun, adakah kecantikan luaran bererti memiliki kulit putih mulus, rambut panjang mengurai serta bentuk tubuh badan yang sempurna? Atau, adakah kejelitaan dalaman menerusi hati yang suci bersih itu yang dikatakan cantik? Barangkali kombinasi kedua-duanya dapat menyempurnakan persoalan mengenai kecantikan. Bagi pelakon terkenal, Vanidah Imran (Vee), 33, definisi kecantikan baginya mempunyai maksud yang terlalu luas namun dia percaya gabungan personaliti, kecantikan luaran dan dalaman mampu menjelaskan makna cantik yang se benar. Menurut Vee, sebagai seorang selebriti, dia perlu menjaga kecantikan sebaik mungkin kerana wajah yang cantik serta tubuh badan yang ideal amat penting untuk kerjaya sebagai seorang pelakon. Isteri kepada pelakon popular, Rashidi Ishak, 35, ini berkata, biarpun tidak memiliki kulit secantik selebriti lain , dia tidak percaya kepada suntikan kecantikan seperti botox dan ko lagen mampu mencantikkan wajahnya. “Saya tidak percaya kepada suntikan kecantikan serta tidak mengamalkan sebarang jamu. Saya makan apa saja yang diingini namun menjauhi daging merah. “Untuk memastikan kesihatan kulit terjaga, saya sanggup berhabis duit untuk mendapatkan sesuatu produk penjagaan kecantikan dan mencuba banyak jenama. “Namun, sejak mencuba produk SK-11 yang diperkenalkan rakan artis, Fauziah Latiff, pada Mac tahun lalu, saya dapat merasakan wujudnya keserasian antara produk berkenaan dengan kulit saya,” katanya. Dalam pada itu, ibu kepada dua anak, Mikail Aimran, 7, dan Maryam Rashika, 4, ini berkata, ketika menjalani peng gambaran filem Akhirat di Melaka tahun lalu, kulit mukanya mengalami masalah kekeringan teruk kerana terpaksa me ngenakan solekan tebal dalam keadaan cuaca panas. “Ketika itu kulit wajah saya menggelupas. Bimbang ber larutan, saya berjumpa pakar kecantikan SK-11 dan membuat analisa pada kulit. “Sejak itu saya mula menggunakan rangkaian produk berkenaan yang terdiri daripada esen rawatan wajah (FTE), pencuci, penyegar, pelembap, krim Sign Treatment Totality serta topeng muka. Alhamdulillah, kini kulit wajah saya semakin baik dan kembali berseri,” katanya gembira. Bagi peragawati dan model antarabangsa terkenal, Tengku Azura Tengku Awang, 33, mempunyai kulit wajah yang sihat serta cantik berseri amat penting untuk individu yang terbabit dalam dunia peragaan. Azura yang pernah menjadi Wajah Dior Asia ini berkata, kesibukan kerjaya sebagai seorang peragawati dan model antarabangsa sering membuatkan dia tidak cukup tidur dan berada dalam tekanan. Kata Azura, keadaan berkenaan membuatkan kulit mukanya kusam sehinggakan pernah satu ketika dia terpaksa me ngenakan bedak asas yang tebal sewaktu keluar rumah semata-mata untuk menutup cela di wajahnya. “Muka saya sentiasa disolek tebal setiap kali peragaan dan menggunakan banyak jenama yang berbeza. Untuk itu, saya terpaksa memilih produk penjagaan kecantikan yang be tul-betul sesuai kerana kulit saya ini terdiri daripada kom binasi kulit sensitif dan kering. “Namun, kerana tertarik dengan kecantikan kulit wajah seorang rakan, saya memberanikan diri mencuba produk yang dipakainya ketika itu iaitu FTE ataupun lebih dikenali sebagai Miracle Water daripada SK-11. “Selepas 28 hari menggunakannya, banyak perubahan dapat dilihat antaranya tona kulit wajah kembali sekata, masalah jerawat serta bintik hitam beransur hilang. Namun apa yang penting, wajah saya kelihatan kembali segar dan bermaya,” kata ibu kepada dua anak, Ilyas Ammar, 6, Adam Mustaqim, 13, ini. Sementara itu, pemenang Anugerah Peragawati Terbaik pada Festival Fesyen Stylo, baru-baru ini berkata, seperti wanita lain, dia juga mengambil soal kecantikan dan tidak akan tidur tanpa membersihkan solekannya. Amalan rutinnya sebelum tidur ialah membersih, menyapu penyegar serta pelembap daripada SK-11 dan tidak lupa meminum segelas air suam “Rutin penjagaan kecantikan saya tidak pernah berubah kerana untuk kekal dalam bidang ini, saya perlu menjaga sebaiknya aset yang ada. “Saya tidak mengambil makanan pada waktu malam serta menjauhi daging dan makanan berlemak. Apa yang paling penting, banyakkan minum air masak serta makan sa yur-sayuran,” katanya. |