myMetro

Anak sanggup tetak, pijak ibu

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

SIKAP melampau anak sehingga sanggup menggunakan pisau pemotong untuk menetak si ibu adalah antara kes yang memeranjatkan dan memerlukan perhatian serius.

Pemilik syarikat Didik Diri Resources, Ahmadi Baharudin, berkata ada juga anak sanggup memijak ibunya kerana gagal mendapatkan sesuatu yang diingini.

Beliau berkata, sikap anak yang menderhaka kepada orang tua berpunca daripada beberapa faktor termasuk alam sekitar dan gejala sosial.

“Ada ibu bapa tidak mengetahui aktiviti anak yang me lampau itu sehingga mereka ditangkap polis.

“Yang peliknya, ayah seorang yang alim, tetapi anak menagih dadah,” katanya yang mengendalikan kem motivasi, Survivor Camp sejak tiga tahun lalu.

Mengenai sikap sesetengah anak yang melihat kem se demikian semata-mata untuk mencari salah anak saja, beliau berkata:

“Ada peserta kem melarikan diri kerana enggan mengikuti kem itu. Apabila cuba menangkapnya, dia mengacukan pisau kepada si bapa.

“Ada juga anak-anak yang dibawa ke kem terpaksa melalui muslihat tertentu si ayah kononnya hendak berkelah,” kata bekas graduan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

Dia mengakui, menangani anak bermasalah memerlukan komitmen ibu bapa.

Kem berkenaan meletakkan tiga modul utama menerusi solat, selawat dan zikir.

“Kes yang pernah ditangani adalah daripada ponteng se kolah, mengedar dadah, seks bebas, menggugurkan anak secara haram, minum arak sehinggalah kes berjudi,” ka tanya.

Kem itu mempunyai di antara 100 hingga 150 orang peserta.

“Alhamdulillah, kebanyakan peserta yang diberi asuhan di sini balik ke pangkal jalan.

“Daripada menderhaka terhadap orang tua, remaja ber kenaan melutut mencium kaki ibu bapa.

“Matlamat kami jelas iaitu mahu menjadikan anak-anak kita mampu membentuk jati diri yang lebih ampuh dan penuh dengan nilai murni serta aspek ketuhanan demi menjadikan hidup lebih sempurna.

“Kami tidak mahu anak-anak bangsa lain sibuk mencari kejayaan dan mencipta kegemilangan sedangkan anak bangsa kita leka dengan dunia hiburan di samping hal keduniaan yang melalaikan,” katanya.

Laman web www.didikdiri.com boleh dilayari untuk mak lumat lanjut mengenai kem ini.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad