Gedung maya Easy Pha-max
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
 |
DENGAN inisiatif untuk membawa gelombang gaya hidup sihat terbaru ke seluruh dunia, pengeluar dan pengedar produk kesihatan berasaskan herba, Easy Pha-max Marketing Sdn Bhd, melancarkan gedung maya yang menyediakan pelbagai jenis produk di bawah satu bumbung. |
DENGAN inisiatif untuk membawa gelombang gaya hidup sihat terbaru ke seluruh dunia, pengeluar dan pengedar produk kesihatan berasaskan herba, Easy Pha-max Marketing Sdn Bhd, melancarkan gedung maya yang menyediakan pelbagai jenis produk di bawah satu bumbung.
Pengarah Eksekutif Kumpulan, Ben Wong Seng Tong, berkata gedung maya berkenaan membolehkan orang ramai mendapatkan pelbagai jenis produk walau di mana mereka berada.
Gedung maya yang boleh dilayari dari seluruh pelosok dunia itu menawarkan pelbagai jenis produk Easy Pha-max serta barangan keluaran Strategi Pakatan Rakan Kongsi (SAP).
“Easy Pha-max menawarkan gaya hidup terbaru untuk pengguna setia produk penjagaan kesihatan keluaran kami serta barangan keluaran rakan SAP seperti Lo Hong Ka, Orang Kampung, Himalaya, Bright Way Avenue, Besfomec, Gintel, HyfLux, Ban Kah Cai, Top Ozone dan Infinit, di bawah satu bumbung.
“Dengan hanya melayari laman web www.easyp ha-max.com, orang ramai boleh membeli barangan keperluan penjagaan kesihatan dengan cepat dan mudah.
“Kini, ada lebih 5,000 e-shop di seluruh dunia dan pastinya kami menjanjikan lebih kemudahan untuk pengguna men dapatkan barangan pada bila-bila masa walau di mana jua berada,” katanya pada majlis perasmian gedung maya ber kenaan di Puchong, Selangor baru-baru ini.
Hadir sama, Ahli Majlis Negeri Selangor, Teresa Kok; Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Easy Pha-max Marketing Sdn Bhd, Datuk David Yeat Sew Chuong; Pe ngarah, Datuk Ang Lai Hee serta barisan pengarah kumpulan berkenaan.
Pada majlis sama, Easy Pha-max turut mengumumkan pelantikan secara rasmi pelakon, pengacara dan model ter kenal, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar (Dynas), sebagai duta jenamanya.
Menurut Wong, selain popular, pemilihan Dynas sebagai duta jenama itu adalah kerana aktres berkenaan seme mangnya mempunyai gaya hidup aktif yang sihat.
Imej Dynas yang aktif, sihat serta muda dapat memberi tarikan dan nafas baru kepada produk jenamanya.
“Imej dan perwatakan Dynas yang anggun, sihat dan ceria dapat membantu Easy Pha-max untuk mendekati jiwa peng guna di Malaysia terutama Melayu.
“Kami berharap pelantikan Dynas akan menaikkan nama Easy Pha-max dan pada masa sama, ia meluaskan lagi pasaran di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Wong berkata, syarikat berkenaan turut memperkenalkan model perniagaan yang menggabungkan peluang keusahawanan dan penjagaan kesihatan bagi me lahirkan lebih ramai usahawan pada masa depan.
“Bagi menjayakan hasrat itu, Easy Pha-max menyediakan kad Platinum Loyalty Card (PLC) bagi pengguna yang mendaftar menjadi ahli untuk menceburi peluang perniagaan global.
“Ia adalah kad keahlian yang menawarkan pelbagai ke mudahan kepada pengguna untuk membeli-belah di gedung maya kami dengan lebih pantas dan mudah.
“Kami merancang untuk menarik lebih 3,500 pemegang PLC sebulan dan untuk itu, Easy Pha-max kini giat men jalankan promosi besar-besaran ke seluruh negara,” katanya.
|
|
|