myMetro

Haruman terbaru dari Avon




JENAMA kecantikan terkenal Avon memperkenalkan ha ruman terbaru, Today Tomorrow Always In Bloom bagi menghargai kasih sayang wanita.

Diinspirasikan daripada kombinasi bunga-bungaan seperti melur, teratai, kasturi dan kemboja, haruman berkenaan turut diselitkan dengan kesegaran limau gedang untuk meng hasilkan bau yang sungguh mempesonakan.

Lebih istimewa, haruman ini didatangkan dalam botol yang dihiasi cetakan bunga timbul untuk menyerlahkan sentuhan feminin penuh romantis.

Haruman berkenaan tidak memerlukan semburan yang banyak kerana bauan lembutnya mampu kekal hingga ke petang.

Today Tomorrow Always In Bloom kini berada di rangkaian butik kecantikan Avon di seluruh negara dan boleh dimiliki pada harga RM89 sebotol untuk Semenanjung manakala Sabah atau Sarawak, harganya adalah RM102.35.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad