» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Serlah rambut dengan Igora Imagine

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


IDEA pewarnaan dan gaya rambut kini dikatakan me ngalami banyak perubahan serta meninggalkan era gaya konvensional dengan pengenalan pelbagai koleksi warna baru di pasaran.

Tidak terkecuali membuat perubahan berkenaan ialah je nama penjagaan rambut terkenal, Scwarzkopf Profesional, yang memperkenalkan himpunan warna terbaru menerusi Koleksi Igora Imagine.

Menerusi Imaginasi Igora 2008, Scwarzkopf bekerjasama dengan jurusolek antarabangsa terkenal, Tyron Machhausen, untuk menghasilkan dua tema berbeza iaitu Rebel Mix dan Urban Fairy yang dikatakan bersesuaian untuk cita rasa orang Asia.

Gabungan idea berkenaan menyaksikan pendekatan per mainan warna serta sinergi antara rambut dan solekan yang dapat menghasilkan satu gaya baru yang lebih segar.



Untuk koleksi berkenaan, Tyron mengilhamkan dua jenis warna perang gelap menarik daripada buah dan karamel bagi menghasilkan tona sempurna.

Pada majlis pelancaran warna terbaru itu di Subang Jaya baru-baru ini, Schwarzkopf menampilkan 16 model yang menerima sentuhan kreatif pewarna rambut selebriti Jepun terkenal, Mutsumi Kurahashi daripada ZA/ZA Internatio nal.

Menurut Mutsumi, koleksi terbaru daripada Igora Imagine itu tidak mempunyai sebarang had atau halangan bagi pemakai untuk mencuba sesuatu yang baru.

Pemakai terutama wanita perlu berani dan kreatif merubah diri untuk menyerlahkan kecantikan sebenar yang dimiliki.

“Koleksi Igora Imagine ini tiada had dan halangan pada pemakai untuk mencuba sesuatu gaya atau warna rambut yang baru.

“Ini kerana, solekan dan rambut mempunyai hubungan serta keharmonian antara kedua-duanya yang mampu meng hasilkan hasil terbaik,” katanya.

Pengarah Urusan Schwarzkopf Professional Malaysia, Stefan Zimmermann, berkata pihaknya memperkenalkan koleksi berkenaan bagi membantu penggemar setia jenama terbabit menyerlahkan penampilan mereka.

Katanya, koleksi warna rambut Schwarzopf memenuhi segala imaginasi dan kreativiti penggunanya.

“Kami berbeza daripada jenama yang lain kerana lebih ke depan dalam aspek warna, teknik mewarna, perawatan serta penggayaan,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker