Spa rambut percuma di P&GSELEBRITI, personaliti televisyen dan peminat fesyen mem banjiri majlis pelancaran spa rambut P&G Beauty di The Pavilion Kuala Lumpur.
Acara sulung spa rambut terbabit direka berdasarkan spa rambut Pantene pertama di dunia yang terletak di Sydney, Australia. Ia menawarkan pelanggan yang layak memperoleh cucian rambut dengan rumusan diaktifkan oleh Pantene Pro-V dan dandanan rambut percuma. Spa rambut diadakan di ibu negara itu dianjurkan bersama Persatuan Dandanan Rambut Malaysia (MHA) yang disokong oleh Pantene Pro-V bersama Watsons Malaysia. Acara kemuncak sempena pembukaan berkenaan adalah pertunjukan dandanan rambut oleh ahli MHA iaitu Winnie Loo, Alex Lim, Michael Poh dan Danny Tan. Pertunjukan dandanan rambut terbabit turut mendapat sokongan pereka fesyen terkemuka Malaysia, Khoon Hooi dan Syaiful Baharim. Ketua Pegawai Eksekutif Negara Procter and Gamble Ma laysia, Vaidyanath Swamy, mengakui hubungan antara ke cantikan, rambut dan fesyen memang cukup menyerlah. “Hubungan terbabit saling bergantungan kepada cetusan kreatif dan memberi inspirasi kepada yang lain menerusi idea serta aspirasi,” katanya. P&G Beauty mempunyai hubungan kukuh dengan ko muniti fesyen global, melalui pelbagai pakatan yang di laksanakan sebelum ini. Selain menjadi penaja rasmi kecantikan dan rambut bagi Minggu Fesyen Milan, ia juga salah satu penaja sempena Minggu Fesyen London. Menurut Swamy, P&G Beauty nyata komited kepada pem bangunan industri fesyen, kecantikan dan rambut tempatan. Pada acara spa rambut berkenaan, 150 pelanggan pertama layak mendapatkan khidmat cucian dan dandanan setiap hari sepanjang acara eksklusif itu mulai jam 11 pagi hingga 9 malam. “MHA sentiasa memainkan peranan penting yang me nyumbang kepada imej profesional positif dan kemajuan bidang dandanan rambut. “Acara itu memberi peluang kepada kami untuk mem pertingkatkan keperluan pendidikan mengenai rambut dan memberi maklumat industri rambut terkini kepada ahli,” kata Presiden MHA, Teh Siew Yong. Selain spa rambut, acara berkenaan meliputi pameran rangkaian jenama P&G Beauty termasuk SK-II, Anna Sui, Olay, Wella Professional serta Head & Shoulders. |