» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Jaspal gaya fesyen Asia

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


JASPAL Company Limited, pengeluar jenama fesyen ter kenal dari Thailand, Jaspal, melebarkan sayap perniagaannya di Malaysia dengan pembukaan butik pertamanya di pusat beli-belah, Pavilion di ibu negara, baru-baru ini.

Dikenali di negara berkenaan sebagai gedung fesyen kon temporari, Jaspal membawakan himpunan pakaian dan ak sesori terbaru untuk penggemarnya di negara ini.

Selain berkualiti tinggi, koleksi pakaian dan aksesorinya juga dikatakan mempunyai pelbagai pilihan serta kelainan, me ngikut aliran terkini.

Penolong Pengarah Urusannya, Viseth Singsachathet, ber kata pembukaan butik pertama Jaspal di luar Thailand berkenaan menjadi tanda pengenalan jenama berkenaan bakal dikembangkan ke seluruh dunia.



Kata Viseth, pihaknya percaya masyarakat Malaysia akan menyokong jenama berkenaan dan percaya akan lebih laris kerana kedudukannya yang berjiran.

“Koleksi Jaspal lebih mencerminkan gaya fesyen global. Namun, kami tetap menyesuaikannya serta mengambil kira gaya hidup dan budaya masyarakat Asia.

“Kami mempunyai tujuh pereka fesyen yang akan mencari inspirasi terbaik dari seluruh pelosok dunia dalam meng hasilkan sesuatu rekaan.

“Bagi membuktikan komitmen kami untuk memberi lebih pilihan kepada pakaian dan aksesori, kami bercadang untuk membuka dua butik lagi di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, antara himpunan fesyen yang boleh didapati menerusi jenama Jaspal berkenaan ialah pakaian ke pejabat, kasual, sukan dan denim.

Turut boleh diperoleh di butik berkenaan ialah koleksi aksesori seperti tas tangan, beg genggam, kasut, beg kanvas untuk lelaki, beg kulit dan cermin mata hitam.

Aksesori berkenaan boleh disesuaikan dengan pelbagai fesyen yang boleh didapati di bawah bumbung yang sama.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker