Atasi kecelaruan hormon
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
 |
SIMPTOM prahaid (PMS) seperti meningkat keinginan untuk makan, resah, sakit pada payudara, perut kembung, sakit kepala dan murung menyerang lebih 75 peratus wa nita. |
SIMPTOM prahaid (PMS) seperti meningkat keinginan untuk makan, resah, sakit pada payudara, perut kembung, sakit kepala dan murung menyerang lebih 75 peratus wa nita.
Ia dikatakan ada kaitan dengan peningkatan tahap hormon estrogen serta kekurangan progestron dalam darah.
Masalah lebihan cecair tubuh sehingga bertambah berat badan yang sangat ketara, kekurangan paras gula dalam darah di samping faktor penyumbang yang lain, membenarkan apa yang diperkatakan mengenai gejala itu.
Bagi menangani masalah itu, Nodus Corporation Sdn Bhd, memperkenalkan krim yang dipercayai berfungsi meng harmonikan hormon dan menjadi pengimbang di dalam badan bagi mereka yang mengalami ‘kecelaruan identiti’ itu.
Pengurus besarnya, Ibrahim Ismail, berkata Versa Cream dikatakan membantu menjadi wanita lebih harmoni dengan menyapu di permukaan kulit.
“Keistimewaan teknologi nano digunakan dalam peng hasilan produk ini untuk membolehkan ia meresap ke kulit.
“Proses yang dipanggil transdermal super nano itu mampu menyerap ke salur darah dan mengharmonikan hormon dan berkesan menyampaikan nutrien ke destinasinya,” katanya.
Ibrahim juga mengakui, selain PMS, masalah yang melanda diri wanita akibat ketidakseimbangan hormon boleh me nyebabkan menopaus lebih awal, kemandulan, migrain dan kecelaruan fikiran, benjolan dalam payu dara, keguguran rambut serta penambahan bulu di muka, pereputan tulang dan kedinginan seks.
Katanya, kaum lelaki turut mengalami sindrom ini.
Menurutnya, masalah kekejangan otot, kurang stamina, sakit sendi, tindak balas perlahan serta sukar dan kerap membuang air kecil turut menjejaskan lelaki.
Mempunyai rangkaian pelan pemasaran Nodus Business Model atau Nodusway, syarikat yang beroperasi di Kajang, Selangor ini ada kelebihan tersendiri.
“Nodus bermaksud ikatan atau persahabatan memulakan hubungan dengan pemilik francais tanpa membabitkan mo dal permulaan yang tinggi.
“Dengan bantuan stok permulaan dan sistem perniagaan yang lengkap, Nodus melatih pemilik francais cara mengurus perniagaan mereka,” katanya.
Orang ramai yang mahu maklumat lanjut mengenai produk keluaran syarikat ini boleh menghubungi Nodus Corporation Sdn Bhd di No 9 Jalan Hentian 1, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang, Selangor atau talian 012-3901385
|