myMetro

Sabun mandian Radox gabung 13 herba, mineral




SARA Lee Malaysia Sdn Bhd (Sara Lee) tampil dengan mandian terbaru, Radox, untuk kegunaan wanita dan seisi keluarga.

Pengurus Pemasaran Sara Lee, Renda Low, berkata, jenama Radox sebenarnya berasal daripada sabun mandian yang terkenal di United Kingdom (UK) sejak 100 tahun dulu tetapi baru diperkenalkan di pasaran negara ini tahun lalu.

Radox berbeza daripada mandian lain kerana ia dihasilkan daripada gabungan 13 herba serta mineral terpilih untuk memastikan kulit lebih lembut berseri serta pada masa sama, membantu menjadikan minda lebih tenang.

Katanya, 13 herba dan mineral yang digunakan seperti lavender, membantu menghilangkan tekanan serta menenangkan minda manakala pudina membantu merangsang fikiran dan menjadikan diri lebih bersemangat untuk memulakan hari baru.

“Selain lavender dan pudina, mandian Radox ini dihasilkan daripada jintan hitam, chamomile, ketumbar, herba wangi thyme, marjoram, pasli, sej, rosemari, aroma herba tarragon, selasih dan jintan.

“Jintan hitam dipercayai dapat membantu menenangkan minda, ketumbar pula dapat menjauhi bakteria manakala tyhme membantu melindungi kulit, marjoram (merangsang mood), pasli dan selasih (melindungi tubuh daripada kuman), sej (melegakan tekanan), rosemari (bahan antioksida semula jadi untuk perbaharui sel kulit), tarragon (hilangkan tekanan) dan dill untuk mendamaikan minda.

“Semua herba berkenaan amat sukar didapati dan ia hanya dapat diperolehi di beberapa tempat saja di dunia ini ,” katanya.

Mandian berkenaan tidak mengandungi bahan aktif sabun dan Radox juga mempunyai nilai ph yang seimbang untuk membolehkannya dipakai untuk semua jenis kulit.

Kata Low, pihaknya mensasarkan kepada pasaran wanita di negara ini kerana golongan berkenaan mempunyai pelbagai peranan penting untuk keluarga dan negara.

“Mandian Radox ini sesuai digunakan untuk seisi rumah namun kami lebih memfokuskan kepada wanita yang menjadi tonggak penting sesuatu keluarga.

“Seperti yang kita ketahui, wanita mempunyai banyak peranan sama ada sebagai pekerja, anak, isteri mahupun ibu. Mereka perlu mempunyai mandian yang dapat menjaga kesihatan kulit serta minda supaya sentiasa kekal tenang bertenaga.

“Daripada kajian serta tinjauan yang dilakukan, mandian Radox dapat membantu mengembalikan ketenangan minda dan menyegarkan tubuh badan,” katanya.

Mandian berkenaan boleh didapati dalam tiga variasi berbeza iaitu Oxygen untuk botol biru, Enrich (ungu) serta Replenish (putih) pada harga RM5.90 untuk saiz 250 mililiter (ml), RM11.90 (500 ml) dan RM18.90 (satu liter)

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad