myMetro

Chef Chitra kongsi 2 resipi rahsia




CHEF Master India, Chef J Chitra turun padang untuk berkongsi dua resipi rahsia sempena majlis penghargaan Kelab Setiausaha Dalam Talian di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis berkenaan diadakan bagi memberi peluang kepada majikan untuk membalas jasa baik setiausaha yang selama ini setia membantu membangunkan syarikat.

Pada majlis itu, Chef Chitra yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan berkongsi dua resipi rahsia iaitu kari kepala ikan Goa dan ayam Varuval yang cukup enak.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus Hotel, Ron Hasni yang turut mempamerkan kehebatan menyediakan pencuci mulut terkenal Perancis, crepe suzette.

Dalam pada itu, bagi memeriahkan lagi majlis penghargaan itu, pihak hotel turut mengadakan acara cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad