» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Pakar bikin baju Melayu

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

MEMARTABATKAN baju Melayu yang sering menjadi pilihan sebagai pakaian rasmi kaum Adam, menjadi impian pemilik Lat's Collections, Abd Latif Saiman.

MEMARTABATKAN baju Melayu yang sering menjadi pilihan sebagai pakaian rasmi kaum Adam, menjadi impian pemilik Lat's Collections, Abd Latif Saiman.

Abd Latif melakar pengalaman awal dengan menyiapkan pakaian penyanyi Allahyarham Sudirman Haji Arshad di saat kegemilangan penghibur itu suatu masa dulu.

Ketika itu dia bekerja dengan rakan baiknya, Den Wahab menyebabkan Abd Latif meneruskan impian untuk mengungguli bidang itu setelah memiliki butik sendiri dalam pembikinan baju Melayu.

“Menyediakan baju Melayu adalah keutamaan saya. Pada masa sama, saya cuba melebarkan perniagaan dalam pelbagai bidang lain.



“Saya meraih pengalaman lebih 18 tahun dengan orang lain. Apabila memiliki butik sendiri, ia memberi kepuasan kepada saya untuk mengorak langkah seterusnya,” katanya.

Bermula dengan modal RM50,000 hasil simpanan sepanjang bekerja, Latif mensasarkan laba yang lebih besar menjelang lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.

Memandangkan permintaan di kalangan pelanggan setianya sudah ada, dia menjangka sambutan terhadap baju Melayu keluaran butiknya bakal mendapat perhatian menggalakkan berdasar tempahan yang sentiasa ada.

“Sebagai orang yang sudah lama dalam industri ini, saya suka mereka sesuatu yang baru. Untuk baju Melayu, saya sentiasa membuat kajian terhadap cita rasa penggemar.

“Untuk memberi inspirasi baru dalam gaya lebih terkini, saya sentiasa melakukan kajian mendalam terhadap pasaran dan kehendak semasa.

“Saya tidak nafikan, melakukan banyak pembaharuan bukan saja dalam fabrik terpilih bahkan dari segi rekaan yang sentiasa berubah-ubah, memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Pada saya, yang terpenting adalah komunikasi dan cara melayan pelanggan. Walaupun sibuk, ada kalanya pelanggan mahukan saya ada dalam apa juga temu janji.

“Di situlah komunikasi dan budi bicara kita diuji. Namun, saya bertuah kerana bukan saja syarikat swasta atau agensi kerajaan yang jadi pelanggan.

“Lebih menyeronokkan, orang perseorangan termasuk pembesar juga senang dengan kemahiran saya dalam jahitan mahupun kemasan pakaian. Daripada kenalan perniagaan akhirnya mereka menjadi rakan baik kerana suka dengan ciri kontemporari yang diterapkan dalam busana tradisi itu,” katanya.

Dalam usaha membesarkan butiknya yang semakin mendapat perhatian, Latif berkata, dia kini giat mempelbagaikan jenis perniagaan yang dirintisnya.

Sehingga kini, sambutan diberi syarikat korporat dan orang perseorangan amat menggalakkan dalam jahitan untuk pakaian seragam.

“Bidang ini baru di kalangan Bumiputera. Tetapi di kalangan bangsa asing, mereka sudah mendahului kita. Saya anggap ia satu cabaran dan melihat daya saing sebagai satu ruang untuk saya terus melangkah.

“Kita beruntung kerana kerajaan banyak membantu dari segi bantuan modal asalkan kita ada kudrat atau kegigihan. Sebagai usahawan kecil-kecilan, saya harus memanfaatkan setiap peluang dengan sebaiknya,” katanya.

Sebarang pertanyaan, hubungi Lat’s Collections di No TA 36, Pusat Penjaja, Jalan Jejaka Taman Maluri, Kuala Lumpur, talian 03-92004112 atau layari latcollection@hotmail.com

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker