myMetro

Bergaya dengan Marcello de Cartier




KEINDAHAN musim panas hampir berlalu pergi dan bakal menjengah, musim luruh dan sejuk yang penuh kesuraman.

Namun bagi jenama aksesori terkenal, Cartier masih tidak terlambat bagi wanita untuk melewati keindahan musim panas kali ini dengan himpunan beg tangan Marcello de Cartier baru yang menarik.

Hadir dalam pelbagai saiz dan rekaan, beg tangan Marcello de Cartier ini amat sesuai untuk wanita yang mahu melancong ke luar negara.

Ia boleh didapati dalam tiga saiz iaitu beg tangan saiz besar, beg duit kecil serta beg genggam dalam rona merah, krim dan biru denim.

Setiap beg tangan berkenaan hadir dengan logo C berganda dan ia boleh didapati dengan kemasan fabrik daripada kulit haiwan seperti buaya, lembu, kerbau dan anak lembu yang menarik.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad