myMetro

Gincu seri, rawat bibir

Oleh Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my

ADA yang sering merungut sukar mencari warna gincu bibir yang bersesuaian.

Pemilihan warna yang betul pasti dapat menghasilkan kesan lebih menarik kepada bibir pemakai.

Menyedari keinginan mendapatkan bibir yang cantik dan menawan, jenama kosmetik Shu Uemura memperkenalkan Rouge Unlimited Crystal Shine dan Gloss Unlimited yang memberikan kesan kelembapan secara semula jadi.

Menggunakan teknologi hybrid-pigment, koleksi Rouge Unlimited Crystal Shine menampilkan 21 warna unik bagi memberi peluang kepada wanita memilih rangkaian rona yang sempurna untuk mereka.

Dengan memperhalusi secara mendalam inspirasi daripada sejarah tradisional Jepun dan teknologi, Shu Uemura membawa era baru dengan memastikan setiap warna terang dan gelap yang diperkenalkan mampu membangkit seri pada wajah.

Koleksi Gloss Unlimited iaitu gincu bibir unik yang bertindak sebagai pengilat, memberikan kesan kilauan yang memikat dan berpanjangan selain menjadikan tekstur bibir lebih halus.

Koleksi ini didatangkan dalam 15 warna yang memberikan kesan sapuan bayangan warna separuh rata dan padu pada bibir.

Bagi mereka yang tidak menggemari warna terang menyala, ia mungkin pilihan serasi untuk bibir tidak tampak pucat lesu.

Kedua-dua koleksi ini bukan saja cantik di bibir tetapi mampu memberi tiga tindakan iaitu merawat, melindungi dan melengkapi keperluan bibir dengan campuran khasiat vitamin, pengilat serta warna semula jadi.

Menariknya, bagi wanita yang gemarkan gincu tahan lama, koleksi ini jawapan terbaik selain menyelesaikan masalah mereka yang mengalami alahan pada bibir, bibir sensitif, kering dan merekah.

Bagi memberikan sentuhan warna bibir berkesan, seelok-eloknya gunakan berus yang sesuai seperti yang dicipta khusus Shu Uemura bagi mendapatkan kesan sapuan yang lebih rata.

Koleksi Rouge Unlimited Crystal Shine berharga RM68 manakala Gloss Unlimited (RM65) setiap satu.



Tip Penjagaan Bibir

  • Perlu rajin menyapu pelembap khusus untuk bibir.

  • Elak keadaan yang boleh mengeringkan bibir seperti bilik berhawa dingin, cuaca panas dan berangin. Cara mudah, basahkan bibir dengan lidah.

  • Gunakan gincu bibir setiap hari yang boleh melindungi bibir daripada kering. Bagaimanapun, perlu berhati-hati kerana ada juga gincu yang boleh mengeringkan bibir.

  • Pilih warna sesuai. Kebanyakan gincu ada sekurang-kurangnya 16 nada warna, tentu ada satu yang sesuai.

  • Bibir yang cantik dan sihat adalah bibir yang rata tanpa garis halus.

  • Pastikan cara sapuan betul bila mengenakan gincu. Jangan sesekali sapu gincu pada bibir berminyak kerana ia akan membuatkan sapuan tidak kemas.

  • Elakkan gincu terlekat pada gigi kerana ia akan mencacatkan keseluruhan penampilan.

  • Jangan pakai gincu dengan mulut yang ditutup rapat atau wajah masam.

  • Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad