Selasa,
02
Disember
2008
|
|
|
myMetro » Hati
Lelaki berpendirian antara ciri idaman wanitaANDA masih tercari-cari lelaki sejati untuk menjalin hubungan?
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki justeru, mereka bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar daripada kategori lelaki. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan dirinya tidak berharga. Tidak mudah mengalirkan air mata. Apabila lelaki me nangis, harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada pe rangainya dan kebersihan hatinya. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan me nunaikan janji apabila berjanji. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung. Cepat faham apa yang dikehendaki wanita tanpa perlu disebutkan. Segera memberikan wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dulu. Tidak suka bercerita mengenai kelebihan atau ketampanan dirinya. Tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut apabila berdepan suasana yang menekan, kesuntukan masa atau cemas. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masanya digunakan untuk perkara yang produktif. Tidak suka hidup berfoya-foya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu, suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya. |
|
|
VARIASI
| ||||
Bestari
SEBELUM ini kursus multimedia bagaikan tidak mendapat perhatian masyarakat kerana kos pengajiannya yang mahal dan tempat disediakan Institut pengajian tinggi (IPT) terhad. |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
||
| MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO |
| Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online . © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad |