myMetro

Mereka dahaga kasih sayang

Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
rencana@hmetro.com.my

ADA di kalangan mereka yang terpaksa mengemis simpati masyarakat kerana keengganan keluarga menerima selepas disahkan sebagai pembawa atau penghidap HIV dan Aids.

Presiden Kelab Sahabat Drug Intervention Community (DIC), Sarah Zainal juga tidak menafikan sentimen ma syarakat yang masih memandang jijik terhadap penghidap HIV dan Aids menyebabkan mereka terus disisih serta dipinggirkan tanpa pembelaan sewajarnya.

“Ada antara mereka yang berterusan dihina, disisih dan dipinggirkan keluarga kerana malu serta takut menerima golongan ini, tetapi mereka tidak sedar ada kalangan peng hidap bukan penagih.

“Tetapi pemikiran masyarakat seolah-olah sudah ‘dipaksa’ untuk menganggap bahawa penghidap HIV dan Aids adalah penagih yang perlu dijauhi dari setiap sudut kehidupan.

“Inilah silapnya masyarakat yang membuat keputusan tanpa usul periksa dan meletakkan kesalahan seratus peratus kepada mangsa sedangkan mereka tidak mengetahui kejadian se benar,” katanya sewaktu ditemui pada majlis sambutan Hari Memperingati Aids Antarabangsa (IAMD) 2008 di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Menurut Sarah, ada di kalangan penghidap yang turut menjadi mangsa keadaan terutama apabila bersuamikan pengguna dadah yang mengambil dadah menerusi per kongsian jarum suntikan seperti dialami seorang peserta program.

“Wanita ini hanya tahu dirinya dijangkiti HIV selepas berpisah dengan suaminya, seorang penagih dadah tegar.

“Tanpa berselindung wanita ini merungkai kisah hidupnya selepas berpisah dengan suami dan bagaimana dia berusaha untuk pulih daripada penyakit yang amat ditakutinya.

“Kini, alhamdulillah berkat doa dan semangat berserta rawatan doktor, wanita cekal ini kembali meniti hari dengan penghidupan baru dan sudah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang amat memahami keadaan dirinya,” ka tanya.

Kata Sarah, wanita berasal dari Kuala Lumpur itu sudah mula bekerja dan diterima masyarakat, malah kini aktif dalam setiap misi program pembasmian dadah serta HIV dan Aids di seluruh negara.

Dalam usaha membantu menangani masalah penyalah gunaan dadah dan memupuk kesedaran terhadap HIV dan Aids, DIC menganjurkan sambutan Hari Memperingati Aids Antarabangsa 2008 peringkat negeri Pahang bertempat di Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Pahang (LKPIM) Kuantan, baru-baru ini.

Bertemakan Mengalah Jangan, Dilupa Jangan, sambutan dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Ke rajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun sekali gus merasmikan majlis dengan pelbagai pengisian program.

Antara acara diadakan adalah sesi dialog, persembahan muzik dan nyanyian, sketsa, perkongsian cerita mengenai kisah hidup penghidap HIV dan Aids serta pameran.

Menurut Sarah, sambutan IAMD bertujuan mengingatkan masyarakat supaya tidak melupakan mangsa HIV dan Aids yang sudah meninggal dunia sekali gus tidak meminggirkan mereka yang masih hidup serta terpaksa berjuang melawan penyakit yang menyerang dalam diam itu.

Menyelami perasaannya dikelilingi pengguna dadah itu, Sarah mengakui begitu komited membantu golongan terbabit kembali ke pangkal jalan dan bersyukur apabila ada di kalangan mereka berjaya berbuat demikian.

Menyingkap sejarah penubuhan Kelab Sahabat yang di dukung oleh mereka yang bukan penagih dadah hampir empat tahun lalu, Sarah berkata dia bermula tanpa sebarang maklumat mengenai gejala penagihan dadah dan virus ber kenaan.

“Tetapi saya ada dua anak sedang meningkat dewasa yang perlu diberi perlindungan daripada terjebak ke dalam aktiviti tidak bermoral termasuk penyalahgunaan dadah

“Saya mengambil inisiatif menubuhkan kelab ini antara lain untuk membuang prasangka buruk masyarakat terhadap golongan berkaitan. Pada masa sama, ia bertujuan mendidik golongan belia dan remaja menjauhi penyalahgunaan da dah.

“Bukan wang ringgit yang dipinta oleh penghidap HIV dan Aids ini, tetapi sedikit kasih sayang supaya mereka mendapat kekuatan jiwa dan mental untuk meneruskan perjuangan melawan penyakit ini.

“Saya menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dalam masyarakat dan kikis perasaan membenci golongan ini kerana sikap sedemikian menyebabkan peng hidap putus asa sehingga membuatkan mereka mengasingkan diri daripada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, DIC Pahang adalah satu-satunya badan bukan kerajaan (NGO) bergerak aktif dalam usaha membantu kerajaan menangani HIV dan Aids di negeri itu.

DIC akan terus memperjuangkan nasib bekas penagih dadah kerana mereka juga manusia yang perlu diberi ruang untuk memperbetulkan kesalahan dan kesilapan masing-ma sing.

“Kami turut mengalu-alukan penyertaan komuniti setempat dan NGO bagi memastikan setiap kempen dan maklumat mengenai HIV dan Aids sampai kepada golongan sasaran,” katanya.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad