» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Anggur hitam superfruit nombor satu





MESKIPUN sering dirujuk sebagai anggur hitam (bla ckcurrant), ia sebenarnya bukanlah sejenis anggur tetapi lebih dekat kepada buah jenis beri seperti beri biru dan strawberi.

Saiznya juga jauh lebih kecil daripada anggur biasa tetapi anggur hitam diakui satu sumber vitamin C semula jadi yang tinggi.

Anggur hitam atau nama saintifiknya Ribes nigrum adalah satu spesies beri Ribes yang berasal dari rantau tengah dan utara Eropah serta Asia Utara. Ia juga dikenali sebagai cassis dalam bahasa Perancis.

Buah beri padat dengan bahan antioksida secara semula jadi. Antara beri lain, buah anggur hitam memang terkenal kerana mempunyai nilai nutrien yang amat tinggi.



Ketua Program Kualiti, Kesihatan dan Pemakanan di Institut Penyelidikan Tanaman Scotland (SCRI), Dr Derek Stewart, mengiktiraf anggur hitam sebagai superfruit nombor satu.

Hasil penyelidikan Dr Stewart di SCRI, mendapati bahawa anggur hitam mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida yang lebih tinggi berbanding 20 buah-bua han lain yang diuji.

Kajian terbabit melihat kepada 20 jenis buah serta mengukur aras tahap bahan antioksida dan nilai pemakanannya. Dalam kebanyakan situasi, anggur hitam jauh menjangkaui prestasi pesaingnya.

Di samping anggur hitam, penyelidik turut menganalisis epal, aprikot, pisang, beri hitam, beri biru, buah ceri, kranberi, limau gedang, anggur, lemon, mangga, tembikai, oren, mar kisah (buah susu), pic, pear, delima, rasberi dan strawberi.

Anggur hitam mempunyai tahap vitamin dan mineral yang sungguh mengagumkan. Dari segi bahan antioksida dan vitamin C, anggur hitam adalah salah satu sumber semula jadi yang tinggi.

Anggur hitam kaya dengan fitokimia yang dipanggil an tosianin, yang terkenal bagi manfaat antiradang.

Antosianin adalah pigmen tumbuhan yang memberikan buah anggur hitam warnanya yang gelap. Semakin gelap warna buahnya, semakin tinggi kandungan antosianinnya dan semakin banyak manfaat bahan antioksidanya.

Buah yang berwarna gelap ini padat dengan bahan an tioksida, di mana bahan antioksida secara amnya terbukti memiliki manfaat kesihatan yang ketara. Kajian menunjukkan bahawa bahan antioksida bolen mencegah pelbagai jenis penyakit.

Kira-kira 100 gram buah anggur hitam mengandungi hanya 30 kalori serta padat dengan kandungan vitamin dan mi neral.

Kandungan khasiat anggur hitam ini sememangnya tinggi dan bukan itu saja, rasanya juga disukai ramai terutama apabila ia diperah untuk dijadikan jus.

Jus anggur hitam mempunyai rasa yang menyegarkan dan sesuai diminum oleh semua lapisan umur, terutama ka nak-kanak.

Buah ini memang sukar didapati di Malaysia kerana suhu tropika negara kita tidak sesuai dengan pertumbuhannya. Di negara seperti New Zealand, musim anggur hitam hanya didapati ketika musim panas iaitu dari Disember hingga Februari setiap tahun.

Justeru, nilai perolehan anggur hitam ini amatlah tinggi dari segi nilai khasiat dan keunikannya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker