Solekan De’Wajah ringkas, bergayaOleh Noriah Idrisnori@hmetro.com.my TANPA mekap cantik dan sempurna, mereka yang di anugerahkan dengan wajah jelita sekalipun tidak mampu menyerlahkan pesona diri, bagaikan ‘pudar sebelum wak tunya’.
Tidak sukar untuk kelihatan menarik jika rajin mempelajari teknik solekan yang betul. Dengan memanfaatkan masa yang singkat untuk ke kolej mahupun pejabat, anda mungkin menyerlah lebih daripada kebiasaan jika mempraktikkan teknik solekan dengan lebih berkesan. Menurut pengasas produk kecantikan De’Wajah, Junaidah Kitting, alat solekan De’Wajah yang serba lengkap dan kalis air menyempurnakan gaya solekan menerusi kreativiti sendiri. Kali ini, De’Wajah berkongsi solekan untuk gadis bertudung dengan solekan ringkas tetapi mampu kelihatan lebih anggun berbanding biasa hasil sentuhan pakar dalam bidang ber kenaan. “Bagi wanita bertudung, aliran fesyen semasa dengan gaya sopan tidak membataskan diri untuk bergaya seperti gadis moden,” katanya. Ikuti teknik solekan De'Wajah yang mengenengahkan so lekan ringkas dan bergaya ini: Terima kasih: |