» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Petua bentuk anak bersopan





TAHAP perkembangan usia anak berada pada tahap ke matangan sering dipengaruhi teman sebaya. Perbendaharaan kata atau sesuatu perkataan yang dipelajari di sekolah atau sepanjang mereka berkenalan memberi pengaruh besar.

Si anak belajar daripada rakan sebaya untuk pemantapan perilaku sesuai dengan keperibadiannya.

Apabila berada di rumah, ada anak yang menggunakan bahasa yang kurang elok kerana pola pergaulannya dengan rakan sepermainan boleh terbawa-bawa ke rumah.

Ungkapan jelek, lucah atau tidak sesuai dengan usia mereka itu akan membuat ahli keluarga berasa kurang senang dan sesuatu harus dilakukan.



Ada kemungkinan anak-anak juga tidak tahu membezakan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata yang dianggap lucah itu kerana akal mereka belum sempurna untuk membezakan mana yang baik dan buruk.

Pengaruh perbualan remaja atau mereka yang lebih dewasa juga turut memberi kesan langsung kepada anak-anak kerana mereka cepat mempelajari sesuatu.

Berikut antara petua yang boleh dipelajari ibu bapa untuk membentuk anak-anak supaya tidak mengungkapkan ka ta-kata kasar, lucah dan biadab:

- Fahami dari mana anak memperoleh perbendaharaan kata atau mempelajari perkataan yang agak lucah dan tidak sesuai dengan usia mereka itu.

Cari punca sebelum menghukumnya. Ingatkan anak supaya menjaga tutur kata mereka. Ingatkan juga supaya si anak tidak sesuka hati menuturkannya sehingga ia menjadi kebiasaan.

  • Berikan contoh lain untuk menggantikan perbendaharaan kata atau perkataan lucah itu kepada ayat yang lebih terdorong ke arah positif sekali gus menjadi kebiasaan dalam perbualan seharian.

  • Perhatikan perilaku teman yang bergaul dengan anak dan beri pandangan mengenai kata-kata yang seharusnya di gunakan dalam pergaulan seharian.

    Perkataan atau penggunaan bahasa yang tidak elok untuk dituturkan harus dijelaskan sebaik-baiknya supaya si anak mudah menerima penerangan orang lebih tua daripadanya.

  • Perlu tegas supaya anak-anak tidak memperolokkan ibu bapanya. Bagi mereka, perkataan sedemikian mungkin ber tujuan untuk menarik perhatian ibu bapa atau sekadar melepaskan marah mereka pada sesuatu perkara.

  • Berdoa demi kebaikan anak. Kebanyakan ibu bapa jarang berdoa dan hanya mengharapkan satu keajaiban berlaku sedangkan berdoa adalah senjata seorang mukmin, apatah lagi sebagai ibu bapa, doa mereka lebih diberkati.

  • Carian Artikel
    Lain-lain artikel :


     
    VARIASI

    Bestari

    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    it@Metro
    lagi
    deko
    lagi
    it@Metro
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker