Petua bentuk anak bersopanTAHAP perkembangan usia anak berada pada tahap ke matangan sering dipengaruhi teman sebaya. Perbendaharaan kata atau sesuatu perkataan yang dipelajari di sekolah atau sepanjang mereka berkenalan memberi pengaruh besar.
Si anak belajar daripada rakan sebaya untuk pemantapan perilaku sesuai dengan keperibadiannya. Apabila berada di rumah, ada anak yang menggunakan bahasa yang kurang elok kerana pola pergaulannya dengan rakan sepermainan boleh terbawa-bawa ke rumah. Ungkapan jelek, lucah atau tidak sesuai dengan usia mereka itu akan membuat ahli keluarga berasa kurang senang dan sesuatu harus dilakukan. Ada kemungkinan anak-anak juga tidak tahu membezakan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata yang dianggap lucah itu kerana akal mereka belum sempurna untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Pengaruh perbualan remaja atau mereka yang lebih dewasa juga turut memberi kesan langsung kepada anak-anak kerana mereka cepat mempelajari sesuatu. Berikut antara petua yang boleh dipelajari ibu bapa untuk membentuk anak-anak supaya tidak mengungkapkan ka ta-kata kasar, lucah dan biadab: - Fahami dari mana anak memperoleh perbendaharaan kata atau mempelajari perkataan yang agak lucah dan tidak sesuai dengan usia mereka itu. Cari punca sebelum menghukumnya. Ingatkan anak supaya menjaga tutur kata mereka. Ingatkan juga supaya si anak tidak sesuka hati menuturkannya sehingga ia menjadi kebiasaan. Perkataan atau penggunaan bahasa yang tidak elok untuk dituturkan harus dijelaskan sebaik-baiknya supaya si anak mudah menerima penerangan orang lebih tua daripadanya. |