myMetro

Pulih remaja bermasalah

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

REMAJA berperangai liar, melakukan zina, hamil anak luar nikah serta menyalahguna dadah mencetus pelbagai kesan sosial dalam masyarakat.

Fenomena lain seperti lari dari rumah mengikut teman lelaki, merokok, ponteng sekolah, melepak dan pelbagai perkara negatif membuatkan banyak pihak menuding jari kepada golongan remaja ini.

Saling menuduh dan tidak mencari punca sekali gus menangani masalah yang dicetuskan itu tidak akan selesai begitu saja.

Bahkan, ia semakin parah jika masyarakat tidak campur tangan dan membiarkan remaja terus hanyut dalam dunia penuh cabaran ini, kata sukarelawan, Mahani Agus.

Sudah puluhan tahun membabitkan diri membantu go longan remaja, wanita berusia 47 tahun ini mengakui hakikat bahawa salah laku remaja memerlukan masyarakat men dorong mereka ke jalan yang benar.

“Apabila anak-anak tersasar daripada landasan agama, mereka harus disedarkan. Pendekatan terbaik adalah mem beri mereka motivasi dan menyatukan mereka dalam kum pulan dengan penuh harapan, bimbingan serta motivasi berterusan.

“Untuk itu, ibu bapa harus melakukan perubahan dengan mendekati mereka dengan kasih sayang dan perhatian,” katanya.

Di Pondok Penyayang Raudhah di Batu 11, Gombak, Selangor, Mahani sedar tanggungjawabnya membantu anak-anak yatim di situ sekali gus komited untuk membantu golongan remaja yang bermasalah supaya kembali pulih.

Pengasas dan pakar motivasi pusat berkenaan, Mokh taruddin Said, mengakui menerima ramai anak termasuk remaja bermasalah untuk ditangani sejak pusat itu dibuka beberapa tahun lalu.

Menurutnya, anak-anak yang rosak akhlak dan degil kerana kurang didikan agama sehingga mudah terdorong melakukan maksiat.

“Kami mengajar asas solat serta asas pergaulan yang ada batas. Tanpa pengukuhan solat dan perkara yang menjadi syariat, tidak mungkin moral dapat dibentuk. Untuk itu, kepentingan solat diutamakan dan kami menerapkan nilai pentingnya berjemaah dalam Islam.

“Ini memandangkan kebanyakan remaja hari ini tidak menitikberatkan soal solat, bahkan ibu bapa sendiri jarang menegur anak dalam soal yang asas itu. Yang peliknya kalau anak-anak tidak cemerlang dalam pelajaran, ibu bapa me lenting marah. Tetapi kalau anak tidak cemerlang dalam solat, ibu bapa langsung tidak ambil peduli,” katanya.

Pusat berkenaan kini menjadi tumpuan ramai dalam usaha memperkasakan remaja Islam. Malah, Mokhtaruddin pernah menangani lebih 35 kes remaja hamil tanpa nikah sehingga mereka selamat bersalin dan menjalani hidup yang lebih baik.

Berasa terpukul dengan jati diri remaja yang semakin rapuh sehingga sanggup melampias nafsu secara liar itu, dia me ngakui bukan mudah mengendalikan remaja yang sede mikian jauh terlanjur.

Selain menjadi pusat penempatan anak-anak bermasalah, Pondok Penyayang Raudhah sebenarnya menempatkan anak-anak yatim piatu dan terbiar serta turut menjadi tempat berlindung anak yang tidak tahu asal-usul ibu bapa mereka. Sehingga kini katanya, pusat berkenaan menerima anak seawal usia tiga tahun hingga 20 tahun.

Dalam keadaan serba kekurangan, Mokhtaruddin berkata misinya untuk membantu golongan yang memerlukan masih dipandang sepi oleh segelintir masyarakat.

Namun beliau percaya, usaha berterusan tanpa mengenal jemu memberinya kekuatan untuk terus mencorak masa depan anak-anak dan mereka yang bermasalah itu.

Perancangannya terhadap penyusunan pengurusan pondok itu berteraskan keIslaman, pendidikan formal, rohani dan jasmani di samping mengharapkan ihsan orang ramai me lapangkan masa menziarahi anak-anak di situ.

Mokhtaruddin juga berharap masyarakat umum dapat menaja anak-anak terbabit menerusi konsep anak angkat demi mencari kesempurnaan masa depan anak-anak ber kenaan.

“Kami memerlukan dana sejumlah RM60,000 untuk mem bina surau bagi menempatkan penghuni di sini beribadat. Kami berharap dapat menyempurnakan hasrat itu seawal Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya.

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad