» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

‘Doktor ikan’ di Eve Spa

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

BAGI yang pertama kali mencuba spa kaki menggunakan kacukan ikan garra rufa atau lebih sinonim dipanggil sebagai doktor ikan, perasaan geli dan takut mungkin menjengah di fikiran.

BAGI yang pertama kali mencuba spa kaki menggunakan kacukan ikan garra rufa atau lebih sinonim dipanggil sebagai doktor ikan, perasaan geli dan takut mungkin menjengah di fikiran.

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam kolam khas, ribuan spesies ikan air tawar, garra rufa akan menghurung kaki untuk memulakan tugas ‘menggigit' kulit mati dari bahagian kaki.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit pengunjung akan mula menikmati keseronokan gigitan ikan itu dan ternyata ia dapat memberi keasyikan tersendiri.

Garra rufa, mungkin satu nama baru di negara kita tetapi tidak di Asia Barat, Korea Selatan dan Jepun.



Malah, terapi ikan kecil ini yang digelar ‘ikan doktor' dan ‘ikan spa' dikatakan pernah digunakan untuk rawatan kecantikan pada zaman Firaun.

Keunikan terapi urutan ‘doktor ikan' yang dipercayai berasal dari negara Timur Tengah itu kini menjadi sebutan dan tidak hairanlah jika banyak spa seumpamanya diperkenalkan di negara ini.

Namun, tidak seperti spa lain, pembukaan Eve Spa di Solaris, Mont Kiara, ibu negara, baru-baru ini, nyata memberi pengalaman baru terhadap rawatan kecantikan badan.

Lebih daripada sekadar sebuah spa, Eve Spa menyediakan perkhidmatan rawatan serta kecantikan badan menyeluruh dari kepala hingga hujung kaki menggunakan produk Thalgo yang diperbuat daripada bahan semula jadi.

Pengarahnya, Rachel Tan, berkata, spa berkenaan diwujudkan bagi memberi lebih pilihan kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan kecantikan menggunakan bahan semula jadi yang dijamin selamat.

Kata Rachel, dengan keluasan keseluruhan spa yang mencecah 3,500 kaki persegi, Eve Spa menyediakan rekaan dalaman menarik yang memberikan keselesaan maksimum kepada pengunjung.

“Mempunyai dua aras berlainan, Eve Spa menyediakan terapi kecantikan seperti rawatan wajah, spa aromaterapi urutan badan serta kaki menggunakan sumbernya sendiri yang membezakan ia dengan spa lain di negara ini.

“Kami mempunyai bilik persendirian di aras bawah serta atas dilengkapi pelbagai kemudahan moden seperti sauna dan jakuzi di samping kakitangan terlatih untuk memastikan kunjungan anda ke spa ini berbaloi sepenuhnya,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker