Awasi anak layari InternetUNSUR keganasan, gambar lucah, klip video muat turun atau apa saja perkara berkaitan bahan terlarang dalam laman web semakin digemari.
Tidak mudah mengawal anak-anak atau remaja daripada melayari laman web sedemikian. Pelbagai masalah sosial hari ini begitu mengejutkan seperti anak kecil sudah pandai melakukan ‘zina’ atau perkara berunsurkan seks seawal usia 10 atau 11 tahun. Kejadian itu sekali gus menggemparkan masyarakat di samping bimbang pengaruh bahan berkaitan dalam jangka panjang. Untuk itu, pencegahan perlu dilakukan seawal mungkin sebelum ia menjadi parah. Oleh itu, ibu bapa perlu berusaha mengawal anak remaja daripada melayari laman web yang tidak berfaedah. Ibu bapa mesti sedar ada banyak perisian yang mampu melindungi Internet atau komputer, bukan saja daripada bahan lucah atau ganas, malah pelbagai masalah virus akibat perbuatan itu. Mengawal penggunaan Internet bukan hanya tertumpu kepada masalah kelucahan atau keganasan tetapi virus dan masalah lain yang dimuat turun secara tidak sengaja di komputer. Berikut adalah petua untuk ibu bapa mengawal aktiviti kurang sihat itu: - Hadkan masa penggunaan Internet sama ada sejam, dua jam atau lebih. Cara ini mengawal anak anda daripada menghadap komputer sepanjang masa. Ada beberapa cara awal yang boleh diamalkan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet di kalangan anak mereka. - Terangkan secara jelas kepada mereka bahawa laman web lucah atau berunsur negatif seharusnya ditutup terus jika terpapar di skrin atau memaklumkan kepada ibu bapa. - Anak perlu dinasihatkan supaya tidak memberikan mak lumat peribadi seperti nombor kad kredit ibu bapa atau nombor akaun sewenang-wenangnya kepada orang lain. - Pastikan anak berjanji akan memberitahu anda aktiviti secara dalam talian yang dilakukannya termasuk menghantar gambar atau maklumat ke laman web sosial seperti Friendster atau MySpace. - Komputer yang digunakan anak anda tidak harus meng hadap dinding atau sudut yang terlalu terlindung. Ruang tamu tempat sesuai dengan skrin komputer menghadap tempat terbuka. - Simpan kata laluan utama bersama anda bagi mengelakkan kebocoran maklumat atau penyalahgunaan yang menye babkan anda menghadapi masalah pada masa akan datang. - Sentiasa berada di samping anak untuk mengawasi pergerakan dalam talian seperti rakan sembang di Internet dan berbincang jika ada masalah berkaitan penggunaan komputer. Berkongsi minat dengan anak supaya anda tidak ketinggalan dalam arus teknologi terkini di bidang per komputeran. Internet kini menjadi semakin penting. Setiap hari, ia akan berkembang seiring kemajuan manusia seluruh dunia. Dalam dunia baru ini, tiada sempadan yang wujud. Semua orang digalakkan untuk terbabit dan menyumbang ber dasarkan pengetahuan serta pengalaman mereka. Kawalan ibu bapa amat penting bagi melahirkan minda anak yang cerdas dan bersih selain memantapkan daya fizikal serta mental ke arah pencapaian teknologi maju kini. |