Kempen penjenamaan semula Nivea
BUAT julung kalinya sejak 1911, Nivea mengadakan kempen penjenamaan semula produknya di seluruh dunia bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.
Menceriakan kehidupan wanita dengan ungkapan Hayati Kecantikan Anda, Nivea membawa aliran baru yang menggalakkan pengguna untuk mempercayai kecantikan tersendiri yang dimiliki.
Jenama berkenaan berubah seiring dengan arus perkem bangan semasa dan terkini yang menawarkan pelbagai pilihan produk penjagaan serta kecantikan seperti pelembap, per lindungan pemutihan serta penjagaan badan, tangan dan bibir.
Pengarah Pemasaran Beiersdorf Singapore Pte Ltd, Yau Li Har, berkata kempen berkenaan sudah diadakan di beberapa bandar raya di seluruh dunia dan akhirnya tiba di negara ini bulan lalu.
Menurut Yau, berdasarkan kajian yang dilakukan di seluruh dunia, pihaknya mendapati masyarakat mendefinisikan ke cantikan sebagai interaksi antara personaliti, rupa, kese jahteraan dan hubungan peribadi yang digabungkan menjadi satu.
“Perubahan gaya hidup yang melanda masyarakat sejagat membuatkan kami berasa perlu untuk tampil memper tingkatkan imej produk dan melangkah ke depan sebagai jenama yang inovatif.
“Ciptaan produk yang relevan seiring aliran kosmetik semasa menjadikan kami kekal mempunyai daya penarik daripada generasi ke generasi,” katanya.
|