» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Jaga kulit cara Genistein

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

DEFINISI kecantikan boleh diterjemahkan kepada pelbagai maksud. Ada yang menganggap ia sekadar meliputi luaran wajah dan ada yang berpendapat kesihatan dalaman me mainkan peranan penting untuk menentukan maksud se benarnya.

DEFINISI kecantikan boleh diterjemahkan kepada pelbagai maksud. Ada yang menganggap ia sekadar meliputi luaran wajah dan ada yang berpendapat kesihatan dalaman me mainkan peranan penting untuk menentukan maksud se benarnya.

Begitupun, mempunyai badan serta kulit cantik dan sihat sememangnya menjadi idaman setiap insan terutama wanita kerana ia dikatakan dapat membantu meningkatkan lagi keyakinan seseorang.

Justeru, bagi membantu wanita untuk mendapatkan ke sihatan secara menyeluruh, jenama produk kecantikan dan kesihatan Nuvafemme, memperkenalkan produk penjagaan kulit terbarunya yang menggunakan teknologi sistem Ge nistein yang diperkenalkan Dr Genistein di Switzerland.

Teknologi berkenaan menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya iaitu ekstrak kacang soya yang membantu me ngekalkan tahap kandungan estrogen dalam tubuh wanita serta membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka.



Sistem Genistein itu mempunyai tiga fungsi iaitu untuk memperkuat serta melindungi sel, organ, tulang dan kulit serta meringankan simptom sebelum haid ataupun selepas menopaus.

Bagi mendekatkan lagi produk berkenaan kepada wanita di negara ini, Nuvafemme turut melantik selebriti terkenal, Daphne Iking sebagai duta terbarunya.

“Daphne menjadi ikon bagi kebanyakan wanita di negara ini kerana selain mempunyai kerjaya yang stabil, dia juga mempunyai badan yang cantik dan sihat.

“Namun, apa yang lebih penting, Daphne menggambarkan wanita Malaysia tetap akan menjaga kesihatan dan kecantikan kulitnya meskipun dihambat kesibukan kerja,” kata wakil Nuvafemme, SL Ho.

Selepas beberapa kali mencuba produk berkenaan, Daphne akui dapat merasai banyak perubahan pada kulit serta kesihatan badan dan kini ia menjadi pilihan utamanya.

Katanya, selain membantu menghilangkan kedutan dan mengekalkan kelembapan kulit wajah, Nuvafemme melin dungi daripada bahaya sinar ultra ungu.

“Kandungan bahan aktifnya dapat membantu mengekalkan kelembapan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah dan menjadikannya cerah berseri.

“Selain itu, kandungan istimewa yang dimiliki serta peng gunaan teknologi Genistein juga dapat membantu me ngurangkan kesakitan ketika haid,” katanya.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker