myMetro

Lanjut tarikh akhir




PELUANG masih terbuka untuk mereka yang ingin mempamer bakat menerusi penulisan cerpen sempena kempen MiniNovella Fair & Lovely Penuhi Hasrat Hatiku yang diadakan dengan kerjasama Harian Metro.

Ini kerana, tarikh pertandingan yang dianjurkan buat kali kedua itu dilanjutkan sehingga 30 Ogos ini malah bagi memudahkan penyertaan, cerpen juga boleh dihantar menerusi e-mel.

Sama seperti penganjuran sebelum ini, tema cerpen harus mengisahkan perubahan hidup dan cinta wanita dalam usaha untuk mengejar impian masing-masing.

Matlamat utama pertandingan dianjurkan Fair & Lovely itu adalah untuk menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat untuk membaca dan menulis sekali gus meluahkan impian mereka menerusi penulisan.

Secara tidak langsung, ia berupaya mencungkil ramai golongan berbakat dalam bidang penulisan yang sebelum ini tidak berpeluang mengetengahkan bakat masing-masing dalam bidang penulisan cerpen.

Sebanyak 10 cerpen terbaik bakal disiarkan di akhbar Harian Metro manakala pemenang cerpen berkenaan akan turut diberi ganjaran wang tunai RM500 setiap seorang.

Lebih menarik, satu daripada cerpen berkenaan akan dijadikan drama televisyen MiniNovella dengan ganjaran wang tunai RM3,000.

Untuk penyertaan terbabit, cerpen yang disertai tajuk menarik itu tidak harus melebihi 2,000 perkataan yang perlu ditaip di atas kertas bersaiz A4 dengan langkau dua baris.

Penyertaan lengkap boleh dihantar ke Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Level 34, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.

Untuk penyertaan menerusi e-mel, cerpen boleh dihantar ke Fal.Mininovella@unilever.com berserta butir peribadi seperti di dalam borang penyertaan (Sila rujuk Harian Metro untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan).

Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad