» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Wagner perkenal koleksi terbaru





PENGELUAR kerusi pejabat terkenal dari Jerman, Wagner, memperkenalkan koleksi terbaru untuk membantu pengguna mendapat duduk yang betul dan sekali gus melindungi tulang belakang mereka.

Koleksi berkenaan dibawa masuk ke negara ini oleh Chesters Collections dan pernah menerima jolokan kerusi paling sihat serta menerima beberapa anugerah termasuk gred A daripada jurnal profesional terkemuka, Facts.

Menurut Pengarah Urusan J&J Chesters Malaysia Sdn Bhd, James Edison, kerusi Wagner mempunyai segala-galanya yang diperlukan daripada sebuah tempat duduk.

Kata James, kerusi berkenaan dibuat 100 peratus di Jerman menggunakan bahan terbaik bagi memastikan keselesaan sepenuhnya kepada pengguna.



Menurutnya, pandangan mengenai cara duduk menentukan kesihatan juga menyamai dengan ungkapan pemakanan menentukan kesihatan seseorang.

Katanya, koleksi berkenaan hadir dalam pelbagai jenis antaranya penyudah istimewa seperti bingkai aluminium yang digilap dan tempat duduk jahitan tangan yang dilengkapi ruang letak kepala serta tangan.

“Kami mahu pengguna terutama pekerja pejabat berasa selesa apabila menggunakan kerusi berkenaan dan sekali gus membantu menjaga kedudukan badan serta tulang belakang.

“Ia juga dilengkapi dengan pergerakan dondola serta keseimbangan sempurna dan fleksibiliti untuk kebebasan bergerak.

“Selain itu, tempat duduk kerusi berkenaan yang direka dalam bentuk tiga dimensi oleh gabungan doktor pakar Jerman, Profesor Dr Habil Theodor Peters, Dusseldorf serta Wagner berupaya membantu memastikan peredaran darah bergerak lancar,” katanya.

Kerusi istimewa berkenaan boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan putih. Ia kini terdapat di bilik pameran Chesters Collection di Megan Avenue, Jalan Tun Razak, di ibu negara.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :


 
VARIASI

Bestari

it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
it@Metro
lagi
deko
lagi
it@Metro
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker