Terbaru daripada Elizabeth Ardenasmaini@hmetro.com.myOleh Fairul Asmaini Mohd Pilus DALAM memilih gincu bibir, wanita dikatakan akan mengutamakan dua kriteria utama iaitu warna dan kesan khas sama ada lebih bersinar, krim mahupun berkilauan seperti mutiara.
Begitupun, ada wanita yang menggemari gincu yang hadir bersama bonus tambahan seperti lebih kelembapan dan kelembutan bagi memberi keselesaan kepada bibir. Ini kerana memiliki bibir yang cantik memang menjadi idaman semua wanita dan tidak hairan ada yang sanggup berbelanja lebih semata-mata mendapatkan bibir diidamkan. Bagi jenama penjagaan dan kecantikan terkenal, Elizabeth Arden, bibir yang cantik berseri boleh dimiliki menerusi penggunaan gincu terbarunya, Color Intrigue Effects. Gincu istimewa berkenaan didatangkan dalam 12 rona berbeza dengan tiga kesan mempesonakan iaitu lebih berkrim dan berkilauan seperti mutiara. Menurut Naib Presiden Pemasaran Warna Globalnya, Bonnie Beer, gincu bibir berkenaan dicipta untuk disesuaikan dengan aliran terkini yang hangat melanda dunia kecantikan seluruh dunia. Katanya, gincu berkenaan menggunakan adunan teknologi emolient tiga kali ganda serta mengandungi vitamin A, C, E dan aloe vera untuk memastikan bibir kekal lembut serta selesa. “Gincu bibir Color Intrigue Effects Elizabeth Arden mempunyai warna yang berkekalan dan formula uniknya membantu menjaga bibir supaya kekal lembap, tidak menggelupas atau comot. “Selain itu, tekstur gincu berkenaan juga ringan dan teknologi emolient yang digunakan turut membantu memantulkan kilauan cahaya seperti sinar mutiara. “Bagi memberi lebih pilihan kepada wanita, gincu berkenaan hadir dalam 12 rona berbeza antaranya krim merah kuning klasik, merah samar, merah hangat, warna semula jadi dan merah jambu. “Gincu berkenaan sudah pun berada di pasaran di seluruh negara dengan harga RM68 saja dan ia amat sesuai digayakan bersama pemerah pipi, pembayang serta pensil mata daripada koleksi Color Intrigue,” katanya. |