Gugur bulu roma dengan VeetSAMA ada mahu menari, bersantai sambil minum dan bersembang di tepi kolam renang, tiada yang dapat memberikan penampilan paling menarik selain sepasang kaki tanpa bulu roma.
Krim untuk menggugurkan bulu roma Veet baru dengan pelembap berganda membolehkan diri memiliki kulit lebih halus, licin dan lembut. “Dengan krim baru Veet ini, pengguna tidak perlu lagi menggunakan pelembap. Ini kerana, krim berkenaan diperkaya dengan kompleks pelembap yang mengandungi dua kali ganda ciri pelembapan dan ramuan penjagaan kulit yang dirumus khas. Krim menggugurkan bulu roma yang diperbaiki ini menjadikan kulit licin, lembap dan terasa lembut bila disentuh,” kata Pengurus Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia, Tiffany Tang. Formula baru yang dipertingkatkan itu bertindak melembutkan folikel bulu roma supaya mudah ditanggalkan dengan bantuan spatula supaya kulit tidak tercalar dan luka. Diuji secara dermatologi, krim terbabit boleh digunakan pada kaki, bawah lengan dan kelangkang. Dimuatkan dalam tiub baru dengan paparan ramuan dan harumannya, produk terkini daripada Veet ini sesuai untuk kulit sensitif. Ia dirumus dengan ramuan seperti aloe vera dan vitamin E, varian untuk kulit sensitif bertindak dengan lembut serta selamat sekalipun pada kulit paling halus dan sensitif. Krim berkenaan disediakan dalam dua jenis untuk kulit normal dan kering. Wanita berkulit normal boleh mendapat manfaat daripada ramuan tambahan susu teratai yang terkenal dengan ciri yang memberi ketenangan manakala wanita berkulit kering boleh menikmati ciri kelembutan mentega shea. Produk terbabit kini boleh didapati di semua farmasi dan gedung runcit utama pada harga RM15. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.veet.com.my |