» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Cara kreatif galak anak makan





ANAK anda enggan makan? Adakah mereka jemu dengan cara makanan dihidangkan? Perlu sedikit imaginasi untuk membantu anak anda menikmati makanan mereka?

Berikut beberapa petua berguna untuk mewujudkan masa makan yang menyeronokkan untuk anak kesayangan:



Makanan ceria:



  • Kanak-kanak suka mencecah makanan mereka. Hidangkan makanan yang boleh dicecah, cuba ayam goreng, nuget atau bilah sayur dengan sos mayonis.

  • Masukkan jus ke dalam cawan dan bekukannya untuk membuat jus pop. Masukkan bilah kayu kecil apabila jus mula membeku.

  • Saji hidangan malam dalam bekas kecil yang ditandakan nombor 1, nombor 2, nombor 3 dan seterusnya. Biar anak membuka bekas mengikut urutan dan makan hidangan yang terkandung di dalamnya sebelum membuka bekas seterusnya.




  • Hidangkan makanan diiringi cerita:

  • Rangsang anak anda dengan cerita negara asing. Kemudian, perkenalkan makanan baru dari negara berkenaan untuk dirasainya.

  • Sediakan tempat makan secara kreatif. Contohnya, jamu selera ala berkelah di ruang tamu.




  • Guna visual:

  • Beri kejutan kepada anak anda dengan menyediakan makanan dalam bentuk mainan berbeza seperti haiwan, bintang dan bentuk hati.

  • Anak enggan makan sayur-sayuran? Cuba hidangkan dalam cawan kopi agar tampil berbeza daripada pinggan mangkuk biasa. Selain itu, gunakan pinggan yang mempunyai gambar menarik pada permukaannya supaya mereka teringin melihat gambar tertera di atas pinggan.




  • Botol ceria!

    Jangan buang terus botol kosong Mayonis Sebenar Lady's Choice. Kitar semula untuk dijadikan bahan mainan yang menceriakan anak-anak.

    1. Jadikan alat muzik dengan memasukkan kekacang kering, pasta dan beras ke dalam botol. Goncang untuk menghasilkan muzik.

    2. Masukkan sumbu dan penuhkan dengan bahan lilin untuk membuat lilin sendiri.

    3. Setiap kali anak anda melakukan sesuatu dengan betul, masukkan sebiji guli ke dalam botol. Apabila botol itu sudah penuh, beri ganjaran kepada anak anda.

    4. Guna penutup botol sebagai acuan biskut.

    5. Guna penutup botol sebagai alas bekas minuman.

    6. Tebuk satu lubang pada penutup botol dan gunakannya sebagai tabung duit syiling.

    7. Gunakannya untuk menyimpan pelbagai bahan seperti madu dan kekacang.

    8. Gunakannya untuk menanam tumbuh-tumbuhan dalaman atau sebagai pasu bunga untuk hiasan di atas meja makan.

    9. Amat sesuai untuk menyimpan koleksi guli kesayangan anak anda.

    10. Gunakan untuk menyimpan umpan hidup bila anda pergi memancing.

    Carian Artikel
    Lain-lain artikel :





    VARIASI

    it@Metro

    vroom
    lagi
    bestari
    lagi
    santai
    lagi
    Addin
    lagi
    deko
    lagi
    Ekspresi
    lagi


     
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker