14 hari baharui kulit
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my
 |
RANGKAIAN penjagaan wajah, Biore menerusi Facial Fit Expert, memperkenalkan pembersih muka baru yang membantu memberi kelembapan serta pembaharuan kulit dalam tempoh hanya 14 hari. |
RANGKAIAN penjagaan wajah, Biore menerusi Facial Fit Expert, memperkenalkan pembersih muka baru yang membantu memberi kelembapan serta pembaharuan kulit dalam tempoh hanya 14 hari.
Biore Facial Fit Expert berkenaan menggandingkan tiga langkah pembersihan menggunakan rumusan, proses serta program Fit dan gabungan teknologi Bio Moisture Lock untuk memastikan ia membersih secara efektif.
Rumusannya yang dipertingkat dengan teknologi Super Fine, proses pembersih kulit wajah akan berupaya mengekalkan kelembapannya sepanjang masa.
Rangkaian pembersih wajah berkenaan boleh didapati dalam enam jenis berbeza iaitu penjagaan jerawat dan minyak, liang roma dan zon T, licin dan lembut untuk kulit kombinasi, mengatasi masalah penuaan, kulit berminyak dan kombinasi serta kombinasi kulit kering dengan perlindungan daripada sinar ultraungu (UV).
Untuk pembersih muka penjagaan jerawat dan minyak, Biore menyediakan buih pembersih khas untuk menentang bakteria bagi mengurangkan jerawat dan menanggalkan kotoran dalam liang roma.
Untuk pembersih liang roma dan zon T pula, ia mengandungi manik mikro mudah hancur yang membersih jauh ke dalam liang roma.
Bagi pembersih licin dan lembut, ia sesuai digunakan untuk kulit kering serta kombinasi kerana diperkaya dengan manik serta minyak Evening Primrose untuk menanggalkan kotoran.
Untuk mengatasi masalah penuaan, pembersih Biore Fine Wrinkle Prevention, sesuai dijadikan pilihan kerana ia dirumus khas untuk mengurangkan tanda penuaan serta garis halus di sekitar wajah.
Pembersih muka untuk kulit berminyak dan kombinasi pula sesuai untuk mengembalikan seri wajah supaya kembali bermaya. Ia membantu menanggalkan sel kulit mati serta mengurangkan parut jerawat.
Rangkaian pembersih penjagaan kulit kering dengan perlindungan daripada sinar UV mengandungi manik pencerah, ekstrak aloe vera, oren Yozu serta agen pelindung UV.
Produk terbaru Biore itu boleh didapati pada harga RM6.90 untuk 50 gram (g) dan RM12.90 (100g).
|