Dr Jism rawat kencing manis, lemah syahwat
JANGAN makan mengikut nafsu pada bulan puasa kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol yang tinggi.
Apa kata sempena Ramadan ini, anda melakukan senaman ringan menggunakan mesin terapi untuk memelihara kesihatan dan mengelak jangkitan penyakit.
Al-Jabbar Group, syarikat milik Bumiputera memberi peluang orang ramai menggunakan mesin Dr Jism untuk memelihara kesihatan bagi mengawal penyakit seperti kencing manis, kolestrol, darah tinggi dan lemah syahwat.
Dr Jism mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa kerana testimoni yang dilakukan membantu merawat pelbagai penyakit kronik termasuk memecahkan lemak dalam salur darah.
Dengan harga lebih murah berbanding pesaing, ia memiliki kelebihan mesin terapi termasuk voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.
Rawatan terapi medan elektrostatik pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrik bagi melancar serta memecahkan lemak pada kapilari darah.
Salur darah yang tersumbat ini menjadi punca penyakit kronik seperti darah tinggi dan strok. Kaedah rawatan alternatif ini pula menyaksikan penggunaan mesin terapi.
Dr Jism membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, strok, gout, batu karang, asma, Parkinson, tekanan, lemah syahwat, senggugut, haid tidak teratur, penuaan dan lemah sendi.
Dalam kes pesakit Parkinson yang menyebabkan tangan selalu menggeletar sehingga sukar melakukan kerja harian, ia boleh dirawat selepas beberapa terapi.
Hasilnya, pesakit Parkinson dapat tidur nyenyak pada waktu malam, malah boleh berjalan dengan cepat tanpa menggunakan tongkat.
Begitu juga bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, selepas beberapa kali menggunakan mesin terapi ini, bacaan gula menurun dan tekanan darah tinggi stabil.
Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar, Mohd Kamaruzaman Che Hussain, berkata mesin itu diharap membantu orang ramai mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi 03-87379476 atau 03-87346372.
Anda boleh melayari laman web, www.aljabbar.com.my atau datang sendiri ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor.
|