Anggur terapi penyegar kulit
 |
SELAIN membantu menyihatkan badan dan membekalkan vitamin B, anggur dipercayai dapat membaiki penghidratan serta meningkatkan tenaga yang bermanfaat kepada kulit, rambut serta mata. |
SELAIN membantu menyihatkan badan dan membekalkan vitamin B, anggur dipercayai dapat membaiki penghidratan serta meningkatkan tenaga yang bermanfaat kepada kulit, rambut serta mata.
Justeru, jenama penjagaan kecantikan terkenal, L'Occitane, memperkenalkan rangkaian produk terbaru yang dihasilkan daripada bahagian pokok anggur terbaik untuk memberi manfaat maksimum kepada badan.
Produk berkenaan diilhamkan daripada tradisi turun temurun masyarakat di Provence, Perancis, yang menjaga kecantikan mereka menggunakan buah berkenaan.
Mereka dikatakan menggunakan anggur Provence yang menjadi ramuan terapi paling berkesan untuk membersih secara mendalam, menyahtoksin serta menyegarkan semula kulit sambil memulihkan deria.
Dalam pada itu, menerusi rangkaian terbaru berkenaan, L'Occitane enam produk baru iaitu Crushed Grape Polish, sabun badan, pembalut badan panas, mandian, minyak badan dan anti pembendungan air.
Diperkaya dengan jus anggur organik, partikel halus biji anggur, kulit kacang walnut dan minyak biji anggur, menjadikan Crushed Grape Polish adalah bahan terbaik untuk menanggalkan sel kulit mati dengan lembut serta membantu merangsang pengedaran mikro sambil menyingkir bahan buangan sel.
Manakala bagi yang inginkan ketenangan mutlak ketika mandi, mandian istimewa L'Occitane dengan haruman lembut dipercayai dapat merangsang minda dan sekali gus menyegarkan badan.
Untuk membaiki warna dan kecantikan kulit, minyak badan istimewa daripada L'Occitance adalah formula ideal kerana ia mengandungi minyak biji anggur, pati sipres, limau, silisium dan vitamin A.
Keberkesanan minyak berkenaan terbukti selepas diuji kepada 26 wanita yang menggunakannya selama tiga minggu dengan keputusan kulit yang lebih lembut, sihat dan berseri.
|