» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Berseri dalam 3 minggu

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my


APABILA menyentuh soal kecantikan, pelbagai pandangan berbeza akan diberikan kerana maksud sebenar di sebaliknya memang sukar untuk dijelaskan.

Namun, bagi kebanyakan wanita, kecantikan pada mereka merangkumi kesempurnaan bentuk badan serta kesihatan kulit wajah yang menjadi idaman semua.

Begitupun, ada wanita yang lebih mengutamakan kecantikan kulit serta wajah dan sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk kelihatan cantik.

Bagi wanita Asia, mereka seharusnya bersyukur kerana dikurniakan kulit yang cerah sekata serta kurang mengalami masalah berbanding di benua lain.



Namun, jika mahu mendapatkan kulit yang tiga kali lebih cerah dan berseri seumpama berlian dalam masa tiga minggu, produk terbaru daripada Nivea Visage, Sparkling White, memang menjadi pilihan yang paling sesuai.

Dicipta khas untuk kulit wanita Asia, Sparkling White, mempunyai tiga bahan aktif utama iaitu inti pati kristal putih, estrak likoris dan asid dioic.

Ia amat lembut dan berkesan untuk memutihkan kulit secara inovatif kerana bertindak di atas dan bawah permukaan kulit untuk mengembalikan keserian wajah.

Dalam pada itu, rangkaian produk Nivea Sparkling White yang boleh didapati ialah Whitening Day Care - Age Control, Whitening Day Care-pengawal pengeluaran minyak (Oil Control), Whitening Night Care- Cell Renewal serta pembersih wajah seperti pencuci, skrub dan penyegar.

Produk berkualiti daripada Nivea Visage berkenaan kini sudah pun berada di pasaran dengan harga bermula daripada RM6.80 hingga RM29.90.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker