Wajah segar Aidilfitri
Teks dan gambar Yooga Rani Murugiah
yooga@hmetro.com.my
 |
MASIH bingung memilih solekan yang sesuai untuk bergaya pada pagi Aidilfitri ini? Pastinya ramai antara kita yang ingin tampil hebat dan berbeza daripada hari biasa untuk meraikan kedatangan hari yang istimewa itu. |
MASIH bingung memilih solekan yang sesuai untuk bergaya pada pagi Aidilfitri ini? Pastinya ramai antara kita yang ingin tampil hebat dan berbeza daripada hari biasa untuk meraikan kedatangan hari yang istimewa itu.
Jika masih keliru cara solekan bersesuaian dengan penampilan dan keceriaan majlis, jenama kosmetik terkenal, Revlon, menyediakan panduan bagi mendapatkan solekan sempurna.
Kaedah solekan yang dicadangkan Revlon memberikan penampilan yang tidak terlalu sarat atau terang manakala wajah kekal anggun dan segar meskipun menjelang senja.
Menyedari warna kulit wanita Asia yang cerah dan sawo matang, rangkaian warna terkini daripada Revlon cukup bersesuaian.
Jurusolek Revlon, John Harold, menyarankan warna dandanan siang yang lebih semula jadi untuk sambutan lebaran.
Bedak asas mesti disapu terlebih dulu kerana ia menyerlahkan seri wajah serta membantu mengekalkan solekan supaya tahan lebih lama.
Bedak asas terbaru Revlon, New Colorstay Mineral didatangkan dalam pembungkusan menarik bagi memberikan kesan penutupan yang begitu rata dan asli.
Ia menggunakan formula mineral yang memanfaatkan 100 peratus pelbagai bahan mineral seperti silikat, polimer dan zink oksida untuk membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Pada harga RM69, bedak asas terbabit boleh didapati dalam empat warna bermula terang sehingga coklat gelap.
Sekiranya kulit mempunyai kesan parut jerawat atau garis hitam di bawah mata yang membuatkan mata nampak lesu dan tidak bermaya, perlulah memakai penghilang cela seperti Age Defying Concealer yang menghilangkan semua celaan ini, sekali gus menjadikan solekan wajah lebih berseri.
Penghilang cela itu boleh digunakan sebagai asas kepada bahagian mata, sebelum mencalitkan warna pembayang mata yang digemari.
Koleksi pembayang mata Revlon Colorstay Mineral pula dilengkapi pembayang mata terdiri daripada tiga warna yang boleh dipakai secara berasingan atau dicampur sekata menjadi kombinasi warna baru dan hebat.
Menerusi pemakaian maskara terbaru, Lash Fantasy Total Definition, ia memberi kesan ketebalan sehingga lima kali pada bulu mata.
Selepas sapuan pemerah pipi, sapukan gincu daripada rangkaian koleksi Colorstay Soft & Smooth Lipcolor. Akhiri solekan dengan mengenakan pengilat bibir, Super Lustrous.
Warna pilihan solekan Revlon bagi Aidilfitri:
Bedak asas serbuk, Light Medium.
Penghilang cela, Light Pale.
Pembayang mata, Sunlit Jade dan Midnight Garnet
Pemerah Pipi, Honey.
Maskara, Blackest Black Regular.
Gincu, Pink Delight
Pengilat bibir, Nude Lustre.
|