» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Gubahan hamper bernilai komersial

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my


MENARIKNYA kuih-muih bukan hanya kerana keenakan rasanya semata-mata.

Perapian dan ketelitian hasil sentuhan tangan yang kreatif seperti ditampilkan De Rodz Delight, menjadikan gubahan sebagai sesuatu yang komersial.

Bagi Siti Rodziah Saripan, memanfaatkan bakatnya dalam pembuatan biskut dan kuih-muih selama 15 tahun memberi kelebihan tersendiri dengan mempelbagaikan perniagaan menerusi gubahan hamper.

“Walaupun baru bermula secara serius tiga tahun lalu, keluarga saya sudah memulakan perniagaan biskut ini selama 20 tahun.



“Sambutan pelanggan dalam gubahan hamper pula mendorong saya membesarkan lagi perniagaan ini.

“Untuk melakukan perubahan dalam setiap hamper, ia memerlukan kreativiti tersendiri. Nilai itu bukan datang sendiri tetapi bakat yang ada perlu digilap dan dikembangkan.

“Lalu, saya sentiasa mencari idea baru untuk dipersembahkan kepada pelanggan,” katanya.

Biarpun usaha pembuatan kek dan biskutnya sehingga ke pasaran Singapura, perniagaan keluarga itu tetap tidak terpinggir.

Menurutnya, gubahan hamper dengan kuih-muih tidak dapat dipisahkan kerana ia saling menyempurnakan.

Siti Rodziah juga bersedia memberi tunjuk ajar kepada pengusaha baru dalam bidang gubahan hamper atau mereka yang berhasrat menceburi perniagaan itu memandangkan ia ada pasaran.

“Kita perlu memberikan nilai komersial kerana masyarakat semakin menerima perubahan dalam gubahan hamper yang semakin memberangsangkan.

“Pada saya, sentuhan terkini penting dalam memenuhi permintaan dan cita rasa penggemar,” katanya yang menyediakan laman web www.derodz.dumei.com untuk kemudahan pengguna.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker