» Berita Utama » Setempat » Arena » Bisnes » Mahkamah
» Bestari » Vroom » it@Metro » Santai » Ad-din » Dekotaman » Ekspresi » Hati
» Pakar Sakit Puan » Soal Jawab IT » Mekanik Anda » Dang Setia » Fikrah Dr.Salam » Dr.Sakit Tuan » Tip & Trik » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab
» Isnin » Selasa » Rabu » Khamis » Jumaat » Sabtu » Ahad
» RSS Feeds » Waktu Solat » Versi Digital » Sejarah Metro » Komen Anda
» Sidang Pengarang » Metroneka & Iklan Web » Team Online
» Berita Harian » New Straits Times » Business Times
» Am » Hartanah » Kerjaya » Auto
myMetro » Hati
Hati

Laman web bantu perokok





KEBERGANTUNGAN kepada nikotin menyebabkan usaha menghentikan tabiat merokok sangat sukar dilakukan. Malah, ia salah satu penyebab utama ramai perokok tidak berjaya untuk menghentikan tabiat itu.

Apabila perokok menyedut asap daripada rokok, nikotin mencapai bahagian otak dalam tempoh beberapa saat saja dan mengikatnya pada penerima nikotin yang mengaktifkan laluan ganjaran dalam litar otak.

Ini merangsang pusat kenikmatan dalam otak. Bagaimanapun, kesan awal terhadap rasa nikmat itu menyusut dengan kadar yang cepat. Ganjaran atau kesan rasa nikmat itu mengukuhkan kebergantungan fizikal perokok terhadap nikotin yang ada di dalam rokok.

Perokok kemudiannya menjadi lali atau biasa dengan tahap tertentu nikotin dalam sistem mereka manakala pengurangan tahap nikotin ini mengakibatkan rasa mengidam terhadap nikotin serta perasaan tidak selesa.



“Kami tahu ia sangat sukar untuk berhenti merokok. Contohnya, kurang daripada tujuh peratus perokok yang cuba untuk menghentikan tabiat itu secara sendirian, turut menahan diri mereka daripada makan dan minum selama lebih setahun.

“Malah, kebanyakan perokok mula merokok semula dalam masa beberapa hari selepas cuba untuk menghentikan tabiat itu. Ia mengambil masa kira-kira lima hingga tujuh kali cubaan sebelum perokok sederhana mampu untuk berhenti merokok,” kata Pengurus Hal Ehwal Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Vicknesh Wellupillai.

Pfizer Malaysia kini membantu perokok untuk mengambil langkah pertama dalam usaha menghentikan tabiat merokok menerusi Hari “Saya Berikrar Tidak Merokok”.

Ia dianjurkan sempena Bulan Paru-paru Sihat Oktober ini yang menyaksikan beberapa aktiviti berkaitan diadakan sepanjang bulan ini.

Menurut Dr Wellupillai, Hari “Saya Berikrar Tidak Merokok” itu menyediakan peluang untuk perokok yang mahu menghentikan tabiat berkenaan tetapi tidak pasti apa yang akan berlaku.

“Apabila perokok yang berpotensi untuk menghentikan tabiat mereka itu melayari laman web www.quittingchamp.com.my untuk menyatakan ikrar masing-masing, mereka akan memperolehi pelbagai maklumat yang menyediakan sokongan yang mereka perlukan dalam usaha menghentikan tabiat itu.

“Sebagai sebahagian daripada khidmat masyarakat Pfizer, kami turut menyediakan risalah panduan untuk berhenti merokok awal tahun ini bagi memberi kesedaran mengenai cabaran yang bakal dihadapi oleh perokok serta pilihan rawatan yang ada untuk menjayakannya,” katanya.

Perokok yang berminat untuk menyertai Hari “Saya Berikrar Tidak Merokok” itu boleh melayari laman web www.quittingchamp.com.my untuk menyatakan ikrar masing-masing.

Laman web itu turut menyediakan maklumat untuk memaklumkan perokok mengenai cabaran berhenti merokok dan pilihan yang ada untuk membantu mereka menghentikan tabiat merokok.

Merokok dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian akibat beberapa penyakit seperti barah paru-paru, penyakit jantung serta penyakit paru-paru kronik.

Carian Artikel
Lain-lain artikel :





VARIASI

it@Metro

vroom
lagi
bestari
lagi
santai
lagi
Addin
lagi
deko
lagi
Ekspresi
lagi


 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker