Clarins tanam 100 anak pokok bakau
JENAMA kecantikan terkenal, Clarins, membuktikan komitmennya terhadap penjagaan alam sekitar menerusi perlaksanaan Kempen Alam Sekitar yang berakhir 15 September lalu.
Menerusi kempen berkenaan, pasukan Clarins yang diketuai Pengurus Besarnya, Tan Seong Teck, menanam 100 anak pokok bakau daripada spesis Rhizophora apiculata di Taman Alam Kuala Selangor, Selangor.
Tan berkata, bagi melaksanakan hasrat berkenaan, pihaknya menghasilkan beg alam sekitar yang dijual pada harga RM18 di semua kaunter Clarins, Institut Clarins dan butik Clarins di seluruh negara.
Katanya, wang yang dikumpulkan daripada jualan beg itu digunakan untuk membeli dan menanam pokok bakau berkenaan.
“Penanaman pokok bakau dapat mengekang ombak besar dan tsunami selain membantu mengekang hakisan di sepanjang tebing sungai.
“Selain itu, ia bertindak sebagai span penahan banjir serta membendung air hujan bagi mengelakkan kejadian banjir. Apa yang paling penting, ia membantu menjadi kawasan pembiakan burung, anak ikan, cengkerang dan hidupan liar.
“Justeru, kempen penanaman pokok ini dapat membantu Clarins mendekatkan lagi dengan alam semula jadi dan sekali gus memberi pengalaman berharga kepada kakitangan kami dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar,” katanya.
|